Tuesday 2 August 2016


1.0 Pengenalan

Rakyat malaysia terdiri daripada pelbagai kaumyang berbeza agama dan budaya,namun mereka hidup dalam keadaaan amandan harmoni.Kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah negara dapat melahirkan rasa cinta terhadap negara.Perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dan sejarah pembentukan Malaysia haruslah dihargai oleh generasi kini dan seterusnya.Usaha membina kejayaan Malaysia harus diteruskan dengan mengekalkan semangat perpaduan.kerjasama dan menjaga keharmonian antara semua kaum di Malaysia.Di dalam bab ini,dijelaskan tentang latar belakang sejarah awal negara,proses kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.



1.1 Latar Belakang Sejarah Awal Negara

Sejarah melayu telah bermula sebelum era Kesultanan Melayu.Pengkajian arkeologi dan sumber sejarah secara bertulis(dari china,india,yunani,arab dan parsi)telah membuktikan munculnya beberapa buah kerajaan awal di Gugusan Kepulauan Melayu.Terdapat juga penemuan artifak oleh pengkaji arkeologi yang menunjukkan sejarah masyarakat Malaysia seperti di Lembah Bujang (Kedah),Gua Kurong Batang(Perlis),Jenderam Hilir(Selangor)dan Santubong(Sarawak).Antara kerajaan Melayu awal di Semenanjung Tanah Melayu ialah :



  1. Kerajaan Tun-Sun,Ko-Lo,Pan-Pan di Segenting Kra
  2. Kerajaan Langkasuka di Patani
  3. Kerajaan Chih-Tu di Kelantan
  4. Kerajaan Tan-Tan di Terengganu
  5. Kerajaan Lo-Yueh di Johor
  6. Kerajaan Kedah Tua di Kedah
  7. Kerajaan Gangga Negara di Perak


    Pengkajian sejarah juga menunjukkan bahawa kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada awal tahun 1400M merupakan era permulaan sejarah masyarakat Melayu di Tanah Melayu .Sumber bertulis yang menerangkan sejarah Melayu ialah Sulatus Salatin yang dikenali sebagai Sejarah Melayu atau Hikayat Melayu.



      1. Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka merupakan institusi Kesultanan Melayu tertua dalam sejarah Malaysia.Kajian mendalam terhadap terhadap nashkah Melayu,iaitu Sulatus Salatin(dalam Mardiana Nordin,2014)menyatakan bahawa Kerajaan Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah.Namun,kebanyakan sarjana sejarah menyatakan Melaka diasaskan oleh Parameswara,iaitu seorang raja dari Palembang pada tahun 1400.Parameswara  terpaksa mengundurkan diri daripada Palembang dan berhijrah ke Temasik(Singapura)apabila negara itu diserang oleh Majapahit.Kedudukan Temasik yang mendorong Parameswara membunuh Raja Temanggi,pemerintah Temasik ketika itu.Parameswara serta pengikutnya melarikan diri ke Muar apabila sedang mengatur serangan balas.Kemudian,Parameswara serta pengikutnya ke Sening Ujong(Sungai Ujong) setelah mendapati Muar tidak sesuai untuk dijadikan penempatan baharu.Akhirnya,Parameswara dan pengikutnya sampai ke sebuah perkampungan nelayan di Muara Sungai Bertam,Melaka.



Asal usul nama Melaka diambil bersempena dengan nama sebatang pokok,iaitu`Malaka”.Semasa Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah pokok itu setelah penat berbulu,baginda menyaksikan peristiwa seekor pelanduk menendang dan mengalahkan anjing perburuannya.Melalui peristiwa tersebut,Parameswara yakin bahawa tempat itu membawa tuah dan sangat sesuai untuk membina sebuah kerajaan baharu.



Pemerintahan

Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun.Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh sistem pembesar.Sistem pembesar utama yang membantu Sultan dalam mentadbir Melaka ialah Sistem Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan Laksamana.



Peranan Pembesar Utama(sistem Pembesar Empat Lipatan)Kerajaan Melayu Melayu:

Bendahara

  • Penasihat Kanan Raja
  • Pemangku Raja dan bertindak sebagai Ketua Hakim semasa ketiadaan Raja
  • Pemilihan dan pelantikan Raja


    Penghulu Bendahari
  • Mengawal perbendaharaan negara
  • Memungut cukai dan hasil negeri
  • Menyimpan daftar hambar Raja
  • Ketua bagi semua Syahbandar


    Temenggung
  • Ketua dan pelaksana undang-undang
  • Ketua polis negara
  • Pendakwa bagi kesalahan individu
  • Ketua protokol dalam urusan adat istiadat


    Laksamana
  • Ketua bagi semua pahlawan terutama di laut
  • Memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi
  • Menjadi diplomat dan membawa urusan kerajaan


       Selain pembesar utama,sistem pemerintahan Melaka dibantu oleh Pembesar 8,16 dan 32 seperti di dalam rajah 1.1.Pembesar 4 dibantu oleh pembesar 8,manakala Pembesar 8 dibantu oleh Pembesar 16 dan 32.Pembesar 8 adalah antara golongan pentadbir yang penting dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka,iaitu Syahbandar dan Hulubalang Besar.Syahbandar merupakan pegawai pelabuhan.Hulubalang Besar pula menjalankan tugas sebagai panglima perang,ulama,mandulika,tentera,mantra,Seri Bija Diraja,bentara,chetria,orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar 8,16 dan 32.








Hukum kanun Melaka dan                             undang-undang Laut Melaka

   Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang digubal berlandaskan undang-undang Islam dalam pemerintahan negeri.Penguatkuasaan undang-undang tersebut berjaya menjadikan Melaka sebagai sebuah negara berdaulat,aman dan harmoni.



Hukum kanun Melaka

44 fasal yang meliputi:

  • Bidang kuasa Raja dan Pembesar
  • Pantang larang dalam kalangan masyarakat
  • Hukuman terhadap pesalah jenayah awam
  • Peraturan rasmi di istana
  • Adat atau cara menyambut utusan dan undang-undang keluarga

    Undang-undang Laut Melaka
    Tatacara pelayaran yang merangkumi;
  • Tugas dan tanggungjawab pengawal kapal
  • Atur cara pelayaran
  • Perniagaan
  • Tugas nakhoda kapal
  • Hukuman terhadap kesalahn jenayah

       Melaka telah berjaya diperluas empayarnya sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera ketika berada di bawah pemerintahan Sultan Mansur,Sultan Muzaffar Syah dan Bendahara Tun Perak,Pahang,Kelang,Kelantan dan Terengganu merupakan negeri talukan Melaka di semenanjung Tanah Melayu,Rokan,Siak dan Kampar pula ialah negeri talukan Melaka di Sumatera.Kedah dan Perak merupakan negeri yang meminta perlindungan dari Melaka ,seterusnya menjadikan Kedah dan Perak negeri naungan Melaka di semenanjung.Negeri naungan Melaka di Kepulauan Melayu ialah Siur,Buru dan Asahan.



    Perdagangan
    Kedudukan geografi Selat Melaka yang strategik telah menjadi pusat tumpuan pedagang-pedagang dari luar.Kedudukan geografi pelabuhan Melaka yang terletak di tengah-tengah laluan(laut)perdagangan antarabangsa berperanan menjadi tempat pertemuan antara para pedagang dari benua India dengan benua China.Kedudukan Melaka juga terlindung daripada angin kencang.Melaka kaya dengan sumber asli seperti hasil hutan dan sumber galian seperti hasil hutan dan sumber galian seperti emas dan bijih timah.

       Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman kegemilangan dan keemasan kerajaan Melayu.Melaka digelar``The Venice of the East” kerana menjadi tempat pertemuan perdagangan seluruh dunia pada zaman keemasan Melaka.Melaka juga menjalankan hubungan diplomatik dengan negara luar seperti China,Arab,Siam dan Jawa.Hubungan rapat antara China dan Melaka memberi kelebihan kepada Melaka untuk berlindung daripada ancaman Siam.

    Kejatuhan Melaka
    Zaman Kesultanan Melayu Melaka runtuh semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah setelah Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511.Alfanso dan Albuquerque yang mengetuai tentera Portugis telah berjaya menawan Melaka pada 25 Ogos 1511.Sultan Mahmud Syah terpaksa melarikan diri ke Muar,Pahang dan akhirnya ke Bintan.Kekalahan Melaka adalah disebabkan dua faktor,iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.Faktor -faktor kejatuhan Melaka adalah seperti berikut:

    Faktor Dalaman

  • Pemerintahan Sultan Mahmud Shah yang lemah akibat rasuah dan fitnah
  • Pentadbiran negeri yang tidak cekap dan pilih kasih
  • Berlaku permusuhan antara orang Melayu dengan India-Muslim
  • Kegiatan Perdagangan yang merosot akibat rasuah dan pilih kasih
  • Orang Laut tidak membantu Melaka semasa serangan Portugis kerana Bendahara tidak menjaga kebajikan mereka.

    Faktor Luaran
  • Penemuan jalan perdgangan baru iaitu Tanjung Harapan pada 1488 oleh Bartholomw Diaz
  • Sikap tidak jujur pedagang asing yang membantu Portugis khasnya pedagang Cina dan India.
  • Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511


    Warisan Kesultanan Melayu Melaka
    Kerajaan Johor,Perak dan Pahang merupakan kerajaan yang mempunyai susur-galur
    Perwarisan kerabat diraja Melaka.Kerajaan-kerajaan tersebut juga mewarisi sistem pemerintahan Kesultana Melayu Melaka seperti Sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan yang diubah suai daripada Hukum Kanun Melaka.Institusi kesultanan,adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa Melayu yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh negeri-negeri tersebut.

    Johor
    Selepas Melaka diserang Portugis pada tahun 1511,Sultan Mahmud Syah dan anaknya,Sultan Ahmad Shah bersama-sama pengikut mereka telah melarikan diri ke Ujong Tanah kini dikenali sebagai Johor.Mereka membuat perancangan untuk menawan semula Melaka tetapi perancangan tersebut telah diketahui oleh Portugis.Kemudian,mereka berundur ke Pahang dan akhirnya berhijrah Bentan.Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Syah,Sultan Mahmud Syah melantik puteranya sebagai pengganti baginda dan digelar Raja Muda.

       Selepas Raja Ali(putera Sultan Mahmud bersama Raja Fatimah) dilahirkan,Raja Ali telah dibatalkan oleh Sultan Mahmud Syah sebagai sebagai `Sultan Muda’ atas permintaan Raja Fatimah.Kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas.Sultan Muzaffar yang disingkirkan membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak dengan Sultan Muzaffar syah.

       Sultan Mahmud Syah bersemayam di Bentan hampir 13 tahun dan kemudiannya berundur ke Kampar,Sumatera Indonesia apabila Bentan diserang oleh Portugis pada tahun 1526.Baginda menerajui pemerintahan Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528.Raja Ali pula ditabalkan sebagai sebagai pengganti Sultan Mahmud Syah dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah.Kemudian baginda berpindah ke Pahang dan mengahwini puteri Pahang,iaitu Puteri Kesuma Dewi.Baginda berpindah ke Johor dan membuka penempatan tetep di Hujung Tanah.Dengan itu,Sultan Alauddin Riayat Syah disebut sebagai Sultan Johor yang pertama.



       Waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor telah beberapa kali mengatur serangan untuk menawan semula Melaka tapi gagal.Serangan terbesar gabungan tentera Johor,Perak,Pahang dan Japara(Jawa) juga gagal meruntuhkan kubu Portugis.Pada tahun 1641,Johor telah berjaya membebaskan Melaka daripada jajahan Portugis dengan bantuan Belanda disebabkan tipu daya Belanda.

       Perubahan daripada perwarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga Bendahara berlaku pada tahun 1699,iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II(1685-1699)dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama.Kemudian,tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur

    Perak
    Raja Muzaffar (putera Sultan Mahmud Syah bersama puteri Kelantan,Puteri Onang Kening)membawa diri ke Perak setelah disingkirkan daripada menjadi Sultan Johor oleh Raja Ali.Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah I pada tahun 1528.Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa Sultan Muzaffar mejadi Sultan Perak yang pertama selepas Tun Saban,Pembesar Negeri Perak dan Nahkoda Kassim menghadap Sultan Mahmud Syah di Kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya Sultan Muzaffar menjadi pemimpin di Perak.Pembesar Perak berpendapat bahawa pemimpin daripada waris Kesultanan Melayu Melaka mampu memajukan negeri Perak kerana kebesaran, kewibawaan dan struktur pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh di Tanah Melayu.Sultan Muzaffar menjadikan Tanah Abang sebagai pusat pemerintahan.Tanah Abang terletak 80 kilometer dari muara Sungai Perak.Adat istiadat Melaka dan buday Melayu dihidupkan semula di Tanah Abang.


       Perak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.Namun,sistem pewarisan takhta kerajaan Perak berbeza sedikit dengan sistem Kesultanan Melayu Melaka.Sistem pewarisan takhta Perak menggunakan sistem giliran dan bukan secara turun temurun.Sistem giliran ini membolehkan tiga keluarga,iaitu keluarga Y.A.M Raja Bendahara Alang Iskandar Shah,Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar shah Ghafirullah dan Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II berkongsi hak untuk menaiki takhta kerajaan.Apibila Sultan mangkat,Raja Muda akan dilantik menjadi sultan yang baharu.Putera sultan tidak dilantik secara automatik bagi menggantikan sultan yang mangkat,sebaliknya mesti memegang beberapa jawatan Raja Bergelar sebelum menjadi sultan.Namun,pembesar negeri Perak memounyai kuasa untuk menentukan calon sultan tanpa mengikut giliran yang ditetapkan.
    Pahang
    Pemerintah negeri Pahang mempunyai perkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka.Mardiana Nordin(2014)menyatakan bahawa dalam buku sulalatus salatin ada diceritakan bahawa Sultan Mansur Syah menghantar anaknya,iaitu Raja Muhammad ke Pahang sebagai hukuman kerana telah membunuh Tun Besar iaitu anak kepada Tun Perak yang merupakan Bendahara Melaka.Pembunuhan ini terjadi apabila bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar telah terkena dastar Raja Muhammad yang pada ketika itu sedang menaiki kuda berhampiran dengan kawasan Tun Besar bermain.Di Pahang,Raja Muhammad Shah pada tahun 1470.

       Pada tahun 1614,Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah telah dibunuh Sultan Ahmad dilantik sebagai Sultan Pahang.Apabila Acheh menyerang Pahang pada tahun 1617,Sultan Ahmad dan keluarganya di bawa ke Acheh sekaligus menamatkan pemerintahan zuriat Sultan Melaka secara langsung di Pahang.

       Negeri Pahang dan Johor telah disatukan apabila Raja Bujang ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1637 dan meneruskan pemerintahan Kesultanan Johor-Riau.Kesultanan Johor-Riau yang meliputi Singapura,Pahang,Riau dan Lingga juga merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka.Kemangkatan Sultan Mahmud Syah II menamatkan pemerintahan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor dan Pahang.

       Seterusnya,tampuk pemerintahan negeri Pahang diambil alih oleh keluarga Bendahara dimulai dengan Bendahar Tun Abdul Jalil Riayat Syah IV.Daripada keturunan Tun Abdul Majid inilah,Kesultanan Pahang yang baharu telah diasaskan.



1.1.2 kerajaan melayu baharu

TERENGGANU

Terengganu merupakan salah satu negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Kemudian, Terengganu disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan Bendahara Johor sejak abad ke-18. Pengasas kesultanan bermula apabila Tun Zainal Abidin(anak kepada Tun Abdul Majid, Sultan Pahang dari keturunan Bendahara) ditabalkan sebagai Sultan Terengganu yang pertama sekitar tahun 1708-1720.



   Sultan Zainal Abidin mangkat pada 7 Mac 1733 dan meninggalkan enam orang putera. Putera almarhum bersetuju menyerahkan takhta pemerintahan Terengganu kepada putera bongsu, iaitu Engku Tuan Mansur akan menjadi raja yang besar apabila dewasa kelak. Sementara itu, tampuk pemerintahan kerajaan Terengganu dipegang oleh kakanda sulungnya, iaitu Engku Tuan Wangsa dan Bendahara Tun Hussein. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Terengganu pada 26 Februari 1741 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, sultan Empayar Johor-Riau-Lingga yang merupakan sepupu baginda.



Kelantan    

Kelantan merupakan negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Kelantan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang diperintah oleh ketua-ketua kecil. Ketua-ketua kecil tersebut mendapatkan naungan Persekutuan Pattani Besar apabila diancam oleh Siam pada tahun 1603. Kemudian, Kelantan dibahagikan kepada empat wilayah oleh kerajaan pusat Pattani, iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan.



   Sejarah merekodkan bahawa terdapat pertikaian Antara Long Sulaiman (pemerintah Kelantan Timur) dengan Long Deraman (pemerintah Legeh) pada tahun 1756, apabila Long Deraman ingin merampas takhta dan menyebabkan kematian Long Sulaiman. Long Yunos, anak kepada Long Sulaiman menyelamatkan diri ke Terengganu dan mendapatkan perlindungan daripada sahbatnya di Terengganu, iaitu Ku Tana Wangsa (anak Tun Zainal Abidin, Sultan Terengganu Pertama). Long Yunos dengan bantuan Terengganu telah menyerang dan mengalahkan Kelantan. Setelah itu, Long Yunos dilantik sebagai pemerintah Kelantan. Namun, pada akhir pemerintahan Long Yunos, berlaku pertikaian antara beliau dengan Sultan Mansur (Terengganu). Selepas kemangkatan Long Yunos, Terengganu menyerang Kelantan pada tahun 1975 tetapi gagal. Pada tahun 1800, Terengganu mendapatkan bantuan Pattani untuk membuat serangan kedua. Negeri Kelantan dikalahkan oleh serangan dari dua penjuru oleh Terengganu.

   Pada tahun 1801, Long Muhammad (putera Long Yunos) melancarkan serangan kepada Terengganu. Beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Kelantan yang pertama. Baginda berjaya membebaskan Kelantan dari pengaruh Terengganu pada tahun 1812 serta membuat hubungan diplomatik dengan Siam demi menjaga kedaulatannya dan mengelak daripada ancaman luar. Seterusnya, Kelantan diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Siam atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 dan menjadikan Kelantan sebagai salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.



SELANGOR

Selangor merupakan negeri taklukan Melaka pada abad ke-15. Apabila Melaka dijajah oleh Portugis, Kesultanan Melaka berpindah ke Johor. Ini menjadikan Selangor berada di bawah taklukan Johor dan kekal sehingga abad ke-18.



   Pada bulan Mei 1745, Daeng Chelak merupakan salah seorang daripada opu (gelaran bangsawan Bugis) lima bersaudara yang berpengaruh di Johor telah mangkat. Beliau meninggalkan dua orang putera, iaitu Raja Haji dan Raja Lumu. Raja Haji telah menjadi Yam Tuan Muda Johor. Raja Lumu merancang untuk menjadi Sultan Selangor, iaitu seorang pemerintah yang berdaulat serta mengelakkan Selangor daripada dikawal oleh Johor secara berterusan.



   Pada tahun 1766, Raja Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Salahuddin Shah dan mendapat pengiktarafan daripada Sultan Mahmud, Sultan Perak. Pelantikan Raja Lumu yang bergelar Sultan Salahuddin Shah merupakan permulaan kepada kesultanan baharu di Selangor yang kekal hingga ke hari ini. Sultan Ibrahim Shah yang menggantikan Sultan Salahuddin Shah pada tahun 1782 telah berjaya memajukan Selangor. Kejayaan Selangor menjadi pengeluar bijih timah menarik minat Belanda dan menyebabkan Selangor diserang oleh Belanda.



NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan memperakui ketuanan Melaka dan Johor. Selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis, bermulalah kesultanan Bugis di Selangor dan pengaruh Bugis di Johor. Pada akhir kurun ke-17, pembesar-pembesar Negeri Sembilan (penghulu) menjemput anak raja dari Minangkabau sebagai Yamtuan Besar berusaha dan bersiap sedia untuk menghadapi serangan Bugis. Pada tahun 1773, Raja Melewar, iaitu putera kepada Sultan Abdul Jalil telah dititahkan oleh ayahandanya dating ke Negeri Sembilan dari Pagar Ruyung, Minangkabau menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang  pertama dan memulakan institusi beraja di sana.



   Apabila berlaku kemangkatan Yang Dipertuan Besar, pemegang-pemegang adat akan menjemput seorang putera dari Pagar Ruyung untuk menjadi pemerintahan. Ia berlaku pada tiga pemerintahan, iaitu pemerintahan Raja Melewar (1773-1795), Yam Tuan Hitam (1795-1808) dan Yamtuan Lenggang (1808-1824). Pemerintahan oleh Yamtuan Radin Ibni Raja Lenggang merupakan permulaan era pemerintahan oleh warisan takhta dari anak raja tempatan. Pewaris takhta pemerintahan Negeri Sembilan yang seterusnya adalah daripada jurai keturunan Raja Radin Ibni Raja Lenggang seperti yang termaktub dalam Fasal 7(3), Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

   Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih. Adat perpatih merupakan adat yang berasal dari Minangkabau, Sumatera Indonesia. Gelaran Yang Dipertuan Besar yang digunakan merujuk Yang Dipertuan atau Yamtuan. Adat perpatih mengandungi peraturan yang lengkap bagi kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan. Adat ini mengandungi susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik, pembahagian harta, aturan perkahwinan dan kekeluargaan serta hal ehwal kemasyarakatan.





















































1.1.3 kedatangan islam di tanah melayu



  • Tanah Melayu terletak di Asia Tenggara. Para sejarawan mempunyai pandangan yang berbeza-beza berkaitan tarikh sebenar kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Agama Islam dipercayai datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi, iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui peranan pedagang Islam yang berdagang di Tanah Melayu. Menurut Abdullah Ishak (1990), agama islam terus berkembang di Nusantara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Islam yang seterusnya.



Teori dan faktor kedatangan islam ke asia tenggara

        PERANAN
TOKOH SEJARAH
CATATAN
Pedagang Islam dari Semenanjung Tanah Arab
·         John Crawford (disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas)
·         Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China terutama pada abad ke-7 Masihi, iaitu setelah kemunculan Islam di Mekah
·         Wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab.
·         Kebanyakan karya tempatan menceritakan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara oleh “syeikh” dari Semenanjung Tanah Arab seperti karya Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Sejarah Kepulauan Sulu.
Pedagang Islam dari China
·         Emanuel Gadinho Eredia (sarjana Sepanyol) (disokong oleh S.Q. Fatimi)
·         Canton (Khan Fo) menjadi pusat perdagangan terkenal sejak abad ke-9
·         Pada tahun 876 Masihi pedagang Islam telah berpindah dari Canton atau Amoy ke Asia Tenggara secara beramai ramai.
·         Penemuan Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu serta persamaan unsur seni bina di China dan seni bina di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa.
Pedagang Islam dari India
·         Snouck Hurgronje (Sarjana Belanda)
·         Islam berkembang di Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat di India dan pantai Koromandel pada kurun ke-13M.
·         Islam tersebar melalui aktiviti perdagangan.
·         Terdapat persamaan unsur Hindu dalam budaya masyarakat Asia Tenggara.













DUA FAKTOR PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA



Islam tersebar di Asia Tenggara disebabkan oleh dua faktor, iaitu peranangolongan penyebar Islam seperti golongan bangsawan, golongan mubaligh pedagang asing, ulama dan ahli sufi serta peranan kerajaan-kerajaan Islam. Sifat mahmudah seperti bersopan santun, ikhlas, lemah lembut dan tingkah laku yang baik yang ditunjukkan oleh pedagang Islam telah menjadi ikutan penduduk setempat. Aktiviti dakwah dan perbincangan berkaitan agama islam juga berlangsung antara golongan pedagang Islam ialah ciri-ciri istimewa yang ada dalam agama Islam itu sendiri seperti konsep tiada paksaan dalam agama serta intipati ajaran islam yang bersifat sederhana, toleransi, adil dan rasional. Ciri-ciri seperti itu membolehkan agama Islam diasmilasikan oleh masyarakat Melayu.



Bukti penyebaran islam di tanah melayu



Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sejak zaman kerajaan awal Tanah Melayu, iaitu sebelum kewujudan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebuah batu bersurat bertulisan jawi telah ditemui di Kuala Berang, Terengganu sekali gus menjadi bukti bahawa agama Islam telah sampai ke Terengganu. Batu bersurat tersebut telah ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Antara yang tercatat di atas batu bersurat tersebut adalah tentang Islam sebagai agama rasmi dan hokum-hakam Islam tentang maksiat.



   Terdapat juga sebuah batu nisan yang ditemui di Kampung Tanjung Inggeris, Mukim Langgar berhampiran Alor Star, Kedah yang bertarikh 904M. Nama “Syeikh Abdul Qadir ibni Hussain Shah Alirah” tercatat pada nisan tersebut. Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menyebabkan ajaran agama Islam di sana.



Pembaharuan dan pengaruh islam di tanah melayu



Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam yang penting di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-15, bersama-sama Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Agama Islam tersebar di Melaka melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan dan kegiatan mubaligh atau pendakwah. Pengislaman Sultan Melaka juga menyababkan rakyat memeluk agama Islam. Antara ulama yang menjadi penasihat sultan Melaka ialah Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin dan Qadi Yusuf.



   Tun Perak sebagai bendahara Melaka yang berpengaruh memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam. Di bawah pentadbiran Tun Perak, Melaka berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan menakluk kawasan persisiran pantai Sumatera Utara, iaitu Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri. Masyarakat yang ditakluk mendapat keistimewaan daripada raja Melaka serta mendorong mereka memeluk Islam. Ulama turut dihantar ke sana atas tujuan mengajarkan agama Islam.



   Pengaruh Islam di Melaka dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sosial. Institusi kesultanan diperkenalkan setelah Islam datang ke Tanah Melayu. Sultan merupakan ketua negara dan dibantu oleh mufti sebagai penasihat sultan dalam bidang hal ehwal agama Islam dan pentadbiran. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi di Melaka dan asas kepada sistem pentadbiran Melaka serta pembentukan undang-undang di Melaka. Kekuatan agama Islam jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.



Contoh undang-undang dalam hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka



UNDANG-UNDANG
FASAL
ISI KANDUNGAN
Hukum Kanun Melaka
44 fasal
·         Tanggungjawab raja dan pembesar
·         Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
·         Permasalahan ibadah, ekonomi (muamalah) dan undang-undang keluarga (munakahat)
·         Hukuman terhadap kesalahan jenayah mengikut syariat Islam
Undang-undang Laut Melaka
24 fasal
·         Hal yang berkaitan dengan maritim dan perdagangan
·         Tugas-tugas nakhoda diumpamakan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum



   Selepas kedatangan Islam, mata wang dengan tulisan jawi digunakan dalam kegiatan ekonomi. Penggunaan mata wang semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah tertera nama sultan yang memerintah dan tarikh Islam dalam tulisan Jawi. Wang katun yang diperbuat daripada timah dan digunakan di Johor juga terukir dengan tulisan jawi tetapi tidak mempunyai tarikh. Nama Sultan Zainal Abidin Shah II terdapat pada kupang emas Terengganu. Pada bahagian belakang wang tersebut terdapat perkataan “Khalifatul Mukminin” yang merujuk Sultan sebagai pemimpin orang Mukmin (beriman). Ada juga perkataan lain seperti “Khalifatul Mukminin Syah”, “Dal Al-Johora”, “Al-Adil”, “Nasir al-Dunia Wa’l Din dan lain-lain.



   Kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga dapat dilihat dari aspek pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, cara hidup serta kesenian. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, penduduk tempatan digalakkan menuntut ilmu di rumah ulama, masjid dan surau. Istana pula dijadikan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan kerana belum wujud institusi pondok pada waktu itu. Menurut Zamri Talib (2015), sistem pendidikan pondok diamalkan dengan meluas di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pattani bermula sejak abad ke-12 Masihi. Ia bermula di Pattani dan berkembang ke negeri-negeri Melayu yang lain.



   Dari aspek bahasa dan kesusasteraan pula, tulisan Arab Jawi diperkenalkan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa sasterayang terkenal. Huruf Arab diubah suai dan dijadikan tulisan Jawi sekali gus menjadi tulisan utama untuk membaca dan menulis. Kedatangan agama Islam menambahkan lagi penulisan karya berbentuk prosa dan puisi. Banyak karya berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW dihasilkan dengan menggunakan tulisan Jawi seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah (juga dikenali sebagai Hikayat Mukjizat Nabi). Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah merupakan dua buah cerita hikayat yang penting dan disimpan di Istana Melaka diserang oleh Feringgi dengan tujuan menaikkan semangat pahlawan Melaka menentang Portugis. Syair Dahulu Kala oleh Tengku Ampuan Mariam di terengganu ialah contoh karya dalam bentuk puisi.



   Unsur kesenian Islam dapat dilihat pada seni bina masjid, rumah dan istana yang mempunyai ciri-ciri ukiran yang bermotif tumbuh-tumbuhan, bunga dan geometri yang sesuai dengan ajaran Islam. Tulisan khat atau kaligrafi juga dilihat sebagai hisan masjid, batu nisan, barangan tembikar, mata wang, pakaian dan lain-lain.



   Prinsip kepercayaan atau akidah, syariah dan akhlak adalah antara gaya hidup orang Melayu yang berubah dengan kedatangan Islam. Amalan enghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua, adab sopan, adab berziarah dan semangat perpaduan merupakan antara anjuran Islam dilihat dalam kehidupan bermasyarakat Melayu.









1.1.4 Zaman Penjajahan



   Penjajahan merujuk kepada penguasaan dan kawalan kuasa asing terhadap sebuah wilayah dan penduduknya atas kepentingan politik, ekonomi dan social. Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957 oleh empat buah Negara berikut:

Portugis

Portugis datang ke Tanah Melayu untuk menguasai perdagangan rempah yang di monopoli oleh pedagang Islam. Selain itu, Portugis juga ingin mengukuhkan dan meluaskan pengaruhnya di Timur serta menyebarkan dan mengembangkan ajaran Kristian. Portugis tertarik dengan Melaka kerana lokasi dan kedudukannya yang strategik, iaitu di tengah-tengah laluan antara India dan China.



Sistem Pentadbiran Perdagangan Portugis di Melakaseperti yang berikut:

  1. Kapal-kapal pedagang wajib membayar cukai 6-10% daripada hasil dagangan
  2. Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang
  3. Portugis memonopoli barang dagang utama ( membeli barang dengan harga rendah dan menjualnya dengan harga tinggi)
  4. Diskriminasi terhadap pedagang Islam



      Portugis telah menwan Melaka selama 130 tahun, iaitu dari tahun 1511 sehingga tahun 1641. Portugis telah berjaya menawan Melaka di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Beliau telah membina Kota A Famosa untuk melindungi Melaka daripada serangan Sultan Mahmud yang cuba mendapatkan semula Melaka. Akhirnya, Portugis tewas apabila warisan kesultanan Melayu Melaka di Johor berjaya menawan Melaka pada tahun 1641 dengan bantuan Belanda.



     Kesan utama peninggalan Portugis islah kewujudan masyarakat Serani (hasil perkahwinan antara orang Portugis dengan penduduk tempatan), pengenalan tulisan Rumi (roman) dan penyerapan bahasa Portugisdaalam bahasa melayu seperti ‘jendela’, ’almari’, ’garfu’, ‘palsu’ dan lain-lain.









Belanda

Pihak Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindi Timur Belanda (SHTB) atau Vereenigde Oost-Indiasche Compagnie (VOC0) pada 20 Mac 1602. Pusat pentadbiran utama Belanda adalah di Betawi (Jakarta), iaitu di Pulau Jawa. Belanda telahmenyerang Melaka beberapa kali untuk mengatasi kuasa Portugis dan berusaha untuk menghancurkan pelabuhan Melaka bagi menarik pedagang asing ke Betawi serta menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu. Belanda juga cuba untuk menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di negeri-negeri Melayu.



    Pada pertengahan 1640, Belanda bersatu dengan Kerajaan Melayu Johor untuk menyerang Portugis dan menyerang Melaka. Selepas berperang selama enam bulan, akhirnya Portugis menyerah kalah pada Januari 1641. Namun, Belanda menggunakan tipu daya mereka untuk menjadi kuasa penjajah baharu di Melaka selepas Portugis.



    Belanda mendesak Johot menandatangani perjanjian perdagangan yang menetapkan semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka hendaklah mendapat kebenaran daripada Belanda. Belanda menjadikan Melaka sebagai pengkalan untuk memaksa kapal dagang yang melalui Selat Melaka supaya berdagang di Betawi. Tindakan Belanda menyebabkan kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan terkemuka merosot dan para pedagang mula beralih ke Betawi.



Jadual 1.6 Pendudukan Belanda di Tanah Melayu

Tahun
Catatan
1639
·         Sultan Muzaffar Syah ll (Raja Sulong) membenarkan Belanda menjalankan perdagangan timah di perak
1640
·         Belanda menawarkan bantuan ketenteraan kepada Sultan Abdul Jalil Shah, Sultan Johor untuk menyerang Portugis di Melaka serta menyerahkan negeri Melaka kepada Johor
1641
·         Belanda mengusir Portugis dari Melaka dengsan bantuan kerajaan Johor (Belanda menipu Johor dan menjadi penjajah baru di Melaka).
1650
·         Joan Truijtman menandatangani surat perjanjian dengan Sultan Muzaffar di Perak. Syarat perjanjian
-         Perak mesti menjual timah kepada Belanda dan Aceh sahaja
-         Perak tidak dibenarkan timah pada orang Eropah dan India
-         Kerajaan Perak hendaklah memberi tanah kepada Belanda untuk mendirikan loji
·         Bangunan Stadthuys (penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya serta sebagai pusat pentadbiran Belanda) dibina di Melaka

1651
·         Belanda mendirikan loji di Tanjung Putus,Kuala Sungai Perak tetapi dibinasakan oleh orang melayu Perak
1655
·         Joan Truijtman dihantar sekali lagi ke Perak untuk memperbaharui perjanjian pada tahun 1650 dengan Sultan. Antara tambahan syarat perjanjian:
-         Kerajaan Perak perlu membayar wang 50,000 rial kepada Belanda sebagai ganti rugi loji di Tanjung Putus yang dimusnahkan
·         Belanda membuka loji sementara di Kuala Perak
1670
·         Belanda membina kota kayu  di Pulau Pangkor
1757
·         Belanda mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi
1758
·         Perjanjian Belanda dengan orang Bugis supaya Klang, Linggi dan Rembau menjual hasil timah ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda
1786
·         Sultan Ibrahim (Selangor) menandatangi perjanjian dengan Belanda untuk memberikan monopoli timah di Selangor kepada Belanda
1795
·         Belanda menyerahkan Melaka kepada British  melalui surat-surat Kew bagi mengelakkan semua tanah jajahannya jatuh kepada Perancis disebabkan Perang Napoleon di Eropah
1818
·         British memulangkan semula Melaka kepada Belanda mengikut perjanjian Vienna
1824
·         Belanda menyerahkan Melaka kepada British mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London)








    Penjajahan Belanda di Tanah Melayu berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada 17 Mac 1824. Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan antara Belanda dan British di Kepulauan Melayu. Kesan peninggalan Belanda di Tanah Melayu antaranya ialah pembinaan monumen seperti bangunan Stadthuys di Melaka dan Kota Belanda (Dutch Port) di Pulau Pangkor.



INGGERIS

Pada tahun 1600, British membuat persiapan untuk berdagang di Timur dengan menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). British ingin mencari pelabuhan baharu sebagai pengkalan laut untuk kapal-kapal British yang berlayar di timur Teluk Benggala. British mula datang ke Kepulauan Melayu pada awal abad ke-17. Kedatangan British ke Tanah Melayu adalah untuk menguasai kekayaan ekonomi Tanah Melayu.



   Penjajahan British di Tanah Melayu bermula apabila Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa menghantar surat kepada Gabenor British di Madras, India untuk mendapatkan bantuan tentera British daripada ancaman Bugis pada tahun 1771. Namun, permohonan tersebut ditolak oleh British. Sultan Muhammad Jiwa menghantar seoramg utusan ke Acheh bagi menemui pegawai SHTI, iaitu Francis Light untuk menubuhkan pusat perdagangan di Kuala Kedah, sekiranya British bersetuju memberikan bantuan dan

perlindungan kepada Kedah. Francis Light telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786 setelah memberikan jaminan kosong kepada Sultan Abdullah kerana ketidaksediaan mereka memberikan pelrindungan kepada Kedah.



PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824

Perjanjian Inggeris-Belanda telah dibuat pada 17 Mac 1824 atas tujuan menamatkan persaingan antara Belanda dan British di Kepulauan Melayu. Perjanjian ini memberikan peluang yang besar kepada British untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu.



Syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824:

  1. Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang, Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. British juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut.



  1. Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera.

  2. British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan lain-lain kawasan.

  3. Belanda berjanji tidak campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah tempatan di Tanah Melayu.

  4. British berjanji tidak campur tangan dan membuat sebarang perjanjian atau persetian di Sumatera, Pulau Karimon, Kepulauan Riau-Lingga dan mana-mana bahagian di selatan Singapura.

  5. British dan Belanda bersetuju bekerjasama dalam urusan perdagangan dan menghapuskan kegiatan lanun.




    Kesan-kesan Perjanjian ini adalah :


  • Kepulauan Melayu dibahagikan kepada dua lingkungan pengaruh.                                                                

Kepulauan Melayu dipisahkan kepada dua lingkungan pengaruh iaitu Singapura dan negeri-negeri di utara Selat Singapura menjadi hak Inggeris sementara Sumatera dan wilayah ke selatan Selat Singapura menjadi hak miik Belanda.

Akibat perjanjian ini, kuasa Inggeris dan Belanda telah berjaya meluaskan pengaruh masing-masing tanpa gangguan mana-mana pihak.



  • Perpecahan Empayar Johor

Melalui perjanjian ini Ernpayar Johor telah mengalami keruntuhan dan berpecah kepada dua bahagian. Singapura dan Tanah Besar Johor diperintah oleh Sultan Hussein dan diletakkan di bawah pengaruh Jnggeris. Sementara Kepulauan Riau-Lingga diperintah oleh Sultan Abdul Rahman dan berada di bawah pengaruh Belanda. Pahang pula telah membebaskan diri dari Empayar Johor dan diperintah oleh keluarga Bendahara.

Kebangkitan keluarga Temenggung di Johor bermula pada tahun 1855 apabila Sultan Ali telah menyerahkan takhta kerajaan kepada Temenggung Ibrahim. Sebagai ganti rugi di atas kehilangan kuasa, Sultan All dibayar pencen dan sebidang tanah yang terletak di antara Sungai Muar dan Sungai Kesang.

 Sementara itu, pada bulan Ogos 1824, Singapura telah dipisahkan dan Johor dan dijadikan tanah jajahan Inggeris.



  • Hubungan Inggeris-Belanda Timur

Pertelingkahan di antara Inggeris dan Belanda di Timur masih berterusan kerana Belanda tidak mematuhi perjanjian kerana Belanda masih terus mengamalkan monopoli rempahnya di Hindia Timur dan masih mengenakan cukai yang tinggi kepada pedagang-pedagang Inggeris yang berlabuh di Betawi.

Perselisihan antara Inggeris dan Belanda juga berpunca daripada masalah Labuan yang telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada SHTI pada tahun 1846. Belanda membantah tindakan itu kerana menganggap Labuan berada di bawah pengaruh mereka iaitu di selatan Selat Singapura. Perbalahan ini diselesaikan apabila Inggeris dapat membuktikan kedudukan Labuan.

Inggeris juga tidak berpuashati di atas keengganan pihak Belanda membanteras kegiatan perlanunan di perairan Kepulauan Melayu. Belanda hanya bertindak menghapuskan kegiatan lanun di perairan Hindia Timur sahaja. Hanya pihak Inggeris sahaja yang berusaha keras untuk menghapuskan laun di Selat Melaka dan selat Sunda. Keadaan ini telah menyebabkan Inggeris terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menghapuskan kegiatan lanun ini.



NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)

Penguasaan British di Tanah Melayu bermula dengan penempatan British di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786 dan Singapura pada 6 Februari 1819. Kemudian, British mempunyai tanah jajahan yang ketiga setelah Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824. Ketiga-tiga tanah jajahan tersebut diletakkan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat (NNS) pada tahun 1826.

Pada tahun 1832, pusat pentadbiran NNS di Pulau Pinang dipindahkan ke Singapura. Pentadbiran NNS ditadbir secara langsung oleh Gabenor Jeneral di Calcutta, India. Pentadbiran di Melaka dan Pulau Pinang diketuai oleh seorang Residen Kaunselor yang bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral NNS di Singapura. Bermula pada 1 April 1867, pentadbiran NNS dipindahkan secara rasmi dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

PERLUASAN KUASA

Sejak penubuhan Negeri-Negeri Selat, British tidak berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu. Dasar tidak campur ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  1. British menghadapi dahagi (penentangan terhadap pemerintah) di India.
  2. Bimbang timbulnya konflik dengan Siam yang mendakwa negeri-negeri Melayu di utara adalah di bawah naungannya.
  3. British mempertahankan prinsip berkecuali yang dipersetujui dalam perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
  4. Campur tangan akan meningkatkan kos sekiranya berlaku peperangan.
  5. Akta Pitt yang diluluskan di India melarang pegawai British untuk campur tangan.



Namun, British terlibat secara tidak langsung dalam politik tempatan terutamanya apabila mereka berasa terancam daripada kepentingan perdagangan sebelum tahun 1874. Antara peristiwa yang menyebabkan campur tangan British secara tidak langsung adalah seperti:

  1. Perebutan takhta kesultanan Johor antara Tengku Hussain dengan adiknya Tengku Abdul Rahman.
  2. Penentangan Penghulu Naning, iaitu Abdul Said (Dol Said) terhadap cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan British ke atas penduduk Naning. Naning diletak di bawah pentadbirannya selepas Melaka menjadi jajahan British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Penentangan tersebut membawa kepada berlakunya Perang Naning pada tahun 1831-1832.
  3. Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam pada 20 Jun 1826 yang membenarkan para pedangang British menjalankan urusannya di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu tanpa ancaman Siam.
  4. Kapal perang British membedil kubu pertahanan di Kuala Terengganu pada 4 November 1862 bagi menyekat kemaraan Siam di Terengganu dan Pahang yang mengancam kepentingan Britsh.



Selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, British mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Sebab-sebab campur tangan British di negeri-negeri Melayu seperti yang berikut:

  1. Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah menyebabkan harga bijih timah melambung naik.
  2. Kekayaan hasil bumi di negeri-negeri Melayu terutamanya bijih timah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang serta emas di Pahang.
  3. Bimbang campur tangan kuasa Eropah yang lain seperti Jerman, Perancis, Itali, Rusia dan Belanda.
  4. Pembukaan terusan Suez pada tahun 1869 yang menghubungkan laut Merah dan Laut Mediterranean telah memendekkan perjalanan dari Britain ke Tanah Melayu menjadi 14,400 km berbanding denagn mengelilingi Tanjung Harapan di selatan Afrika sejauh 22,320 km.







Perluasan kuasa British di Tanah Melayu



1761

  • Sultan Ibrahim menjalin hubungan dengan pedagang British di Selangor.

1771

  • Syarikat British, Francus Jourdain mendapat kebenaran Sultan Kedah untuk mendirikan loji

1784

  • Syarikat Britsh, Thomas Forrest mendapat kebenaran untuk mendirikan lebih banyak gudang dan loji di Kedah

1786

  • Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan janji kosong kepada Sultan Kedah

1819

  • Stamford Raffles menduduki Singapura setelah membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman dan menyokong Tengku Hussin sebagai Sultan Johor

1824

  • Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London)

1825

  • Persetiaan awal antara Kapten Henry Burney dengan Siam bagi menyekat Siam meluaskan pengaruhnya di Perak dan Selangor.

1826

  • Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam yang membenarkan para pedangang British menjalankan urusannya di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan, dan Terengganu tanpa ancaman Siam.
  • Singapura, Pulau Pinang dan Melaka disatukan menjadi Negeri-negeri Selat

1841

  • James Brooke mengambil Sarawak

1874

  • Perjanjian Pangkor dan campur tangan British di Perak
  • Campur tangan British di Selangor
  • Campur tangan British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

1875

  • Brunei menyerahkan Sabah kepada British

1888

  • Campur tangan British di Pahang

1896

  • Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu

1909

  • Perjanjian Bangkok ditandatangani. Siam menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada British dan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu

1914

  • Johor menerima penasihat British



SISTEM RESIDEN

Sistem Residen telah diperkenalkan di Tanah Melayu semasa Perjanjian Pangkor iaitu pada 20 Januari 1874. Perjanjian Pangkor merupakan permulaan campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Jawatan residen ialah satu stratergi British untuk menjaga kepentingan mereka dari sudut ekonomi di Tanah Melayu. Usaha ini adalah untuk memastikan bahawa usaha memonopoli hasil dagangan utama di negeri-negeri Melayu seperti bijih timah dapat berjalan dengan lancar. Pelantikan Residen merupakan strategi British untuk mengukuhkan lagi kedudukan Inggeris dan mengawal pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu. Pegawai-pegawai yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai garis panduan yang rasmi dalam menjalankan tugas. Sebarang masalah yang berlaku diselesaikan mengikut kebijaksanaan dan budi bicara mereka tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan British.

   Kemasukan Residen di Tanah Melayu pada awalnya adalah untuk membantu Sultan/Raja dan pembesar Melayu bagi mewujudkan keamanan akibat masalah-masalah yang berlaku seperti :

a) perang saudara antara pembesar dalam perebutan takhta dan kawasan

b) pergaduhan antara kongsi gelap

c) kegiatan lanun di Selat Melaka



   Residen British berperanan sebagai penasihat kepada Sultan/Raja Melayu dalam urusan pentadbiran kecuali urusan yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran negeri dan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu.



Antara perubahan yang berlaku disebabkan pelaksanaan sistem Residen ialah:

a) Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan mereka

b) sistem pengadilan British diperkenalkan dengan menubuhkan mahkamah bagi membincangkan kesalahan yang dilakukan oleh Penduduk Tanah Melayu

c) Pungutan cukai dan hasil negeri yang dikuasai oleh Sultan/Raja dan pembesar tempatan diambil alih oleh British

d) Sistem perhambaan dihapuskan

e) British telah membawa masuk imigran dari China dan India ke Tanah Melayu













Jadual 1.0 Residen Inggeris di negeri-negeri Melayu

Tarikh
Negeri
Residen
November 1874
Perak
J.W.W. birch
Ogos 1874
Selangor
J.G. Davidson
1874
Sungai Ujong, Negeri Sembilan
W.I. Tatham
1888
Pahang
J.P. Rodger
1895
Negeri Sembilan
Martin Lister





   Sistem residen tidak disenangi oleh Sultan dan pembesar tempatan kerana residen memiliki kuasa penuh ke atas negeri Melayu. Senario ini menyebabkan kemarahan, pemberontakan rakyat dan akhirnya menyebabkan berlakunya pembunuhan.



Jadual 1.1 Penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa British

Tokoh
Negeri
Peristiwa penentangan
Dol Said
Negeri Sembilan
·         Penentangan penghulu Naning, Abdul Said (Dol Said) terhadap cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan British ke atas penduduk Naning membawa kepada Perang Naning pada 1831-1832
-Sultan Abdullah
-Dato’ Maharaja Lela
-Dato’ Sagor
-Pandak Indut
-Sepuntum (Si Puntum)
Perak
·         Sultan Abdullah dan pembesarnya seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor bermesyuarat secara sulit dan merancang pembunuhan JWW Birch
·         Pembunhan J.W.W Birch pada 2 November 1875 oleh Pandak Indut dan Sepuntum merupakan arahan Dato’ Maharaja Lela
·         Pembunuhan J.W.W Birch disebabkan oleh pembahuruan yang diperkenalkan British di Perak seperti:
·         Membatalkan hak pajakan antara Sultan Abdullah dengan saudagar Lee Cheng dari Singapura dan Birch menawarkan harga yang lebih tinggi kepada saudagar tersebut
·         Menghentikan hak memungut cukai bijih timah
·         Menyusun semula sistem cukai
·         Memperkenalkan cukai yang baharu
·         Memperkenalkan undang-undang baharu
·         Menghapuskan sistem hamba abdi
-Dato’ Bahaman
-Tok Gajah
-Mat Kilau
Pahang
·         Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan anaknya iaitu Mat Kilau melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua dan berjaya menawan Temerloh pada tahun 1892 dan menyerang Kuala Tembeling selepas menawan kubu Jeram Ampai pada tahun 1894
·         Faktor yang mendorong serangan ialah:
·         Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad terhadap British dan Tengku Mahmud
·         Perasaan tidak puas hati pembesar terhadap elaun ganti rugi atas kehilangan kuasa apabila British melarang pungutan cukai, mengawal perhambaan, membataskan kerja-kerja kerahan dan hak kuasa sebagai pentadbir keadilan bagi kes jenayah dan sivil
·         Perasaan tidak puas hati rakyat kerana dilarang memakai keris bersama baju Melayu
-Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut)
Kelantan
·         Engku Besar Jeram bergabung dengan Tok Janggut menjalankan kempen menentang peraturan baharu British, melancarkan serangan serta menawan Pasir Puteh pada 29 April 1915 atas sebab-sebab yang berikut:
·         Pengaruh Engku Besar Jeram yang cukai berasa tidak puas hati setelah kehilangan kuasa memungut cukai dan perlu membayar cukai kepada British
·         Pengenalan cukai tanah oleh British
·         Perasaan anti-British selaras dengan seruan jihad kerajaan Turki Uthmaniah supaya umat Islam menentang kuasa Barat dan sekutunya
·         Kaedah pembayaran cukai yang membebankan
-Haji Abdul Rahman Limbong
Terengganu
·         Haji Abdul Rahman Limbong dan sekumpulan penduduk pedalaman di Telemong membuka tanah dan menebas hutan tanpa mendapat kebenaran British pada tahun 1922
·         300 hingga 500 orang petani membersihkan tanah milik Tengku Nik Maimunah (puteri Sultan Zainal Abidin III) setelah mendapat tahu British akan memberikan konsesi tanah kepada saudagar Cina
·         Kebangkitan petani yang digerakkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong berhimpun di Kuala Berang dan Kampung Pelam, Telemong untuk menghadap Sultan Terengganu bagi memaklumkan kesusahan mereka apabila British mengancam untuk mengambil tindakan terhadap petani yang enggan membayar cukai
Mat Salleh
Antanom
Sabah
·         Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu atau dikenali sebagai Mat Salleh (pemimpin di hulu Sungai Sugut) menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) dengan menyerang Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan pada Julai 1897 kerana:
-         Pengenalan peraturan baharu oleh SBBU yang membebankan penduduk
-         Kampung Mat Salleh di Sungai Sugut dibakar
-         Usaha untuk berunding dengan SBBU gagal

·         Ontoros anak lelaki Antanom atau lebih dikenali sebagai Antanom (ketua kaum Murut di Rundum) menentang pihak SBBU pada Jun 1914 dan menyerang Pensiangan serta pejabat pegawai daerah Rundum pada Februari 1915 kerana:
-         Pengenalan peraturan baharu SBBU yang membebankan penduduk
-         Orang Murut dipaksa menjadi buruh membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum secara paksa
-         SBBU menceroboh hutan untuk membina jalan dipercayai menggganggu roh nenek moyang orang Murut
-Rentap
-Sharif Masahor
-Datu Patinggi Abdul Ghafur
Sarawak
·         Rentap (ketua kaum Iban) menentang British dengan menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang dan membunuh Alan Lee, pegawai pasukan Brooke pada 1853 kerana:
-         British menganggap orang Iban sebagai lanun
-         British membina kubu di sungai Skrang untuk mengawasi orang Iban
-         Britsh memusnahkan petempatan orang Iban di Sungai Skrang
·         Sharif Masahor (Gabenor Sarikei di Sungai Rajang) berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur menyerang kubu Brooke dan membunuh dua orang pegawai British iaitu Henry Steel dan Charles Fox pada Jun 1859 kerana:
-         James Brooke mengambil alih Sarikei daripada Sultan Brunei dan menggugat kedudukan Syarif Masahor
-         James Brooke membina kubu di Kanowit dan Syarif Masahor menganggapnya sebagai menagmbil alih kuasa
-         James Brooke memecat Syarif Masahor pada 1855 kerana dikatakan campur tangan dalam pertelingkahan di Mukah
·         Sharif Masahor menyerang Kuching pada Februari 1860 tetapi dikalahkan oleh Charles Brooke





Negeri-Negeri Melayu Bersekutu( NNMB)



Sistem Residen menyebabkan British mencadangkan agar Selangor, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan disatukan di bawah satu pusat pemerintahan dengan corak berpusat. Rundingan membentuk kerajaan pusat tersebut dilaksanakan oleh Sir Charles Mitchell bersama Setiuausaha Negara bagi Tanah Jajahan British. Frank Swettenham dilantik bagi mendapatka persetujuan dari empat-empat negeri tersebut.

Pada 1 julai 1896 , Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani antara pihak Inggeris dengan Sultan/Raja Melayu di empat negeri tersebut. Dan membentuk negeri tersebut. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama dari tahun 1896 hingga tahun 1901. Residen Jeneral merupakan ketua pentadbir bagi kerajaan persekutuan dan berperanan memberi nasihat dalam semua urusan pemerintahan kecuali urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan/Raja dianggap sebagai ketua negeri. Kuala Lumpur telah dipilih sebagai ibu negeri NNMB dan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.



Kesan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah seperti yang berikut:

  1. Pemutusan kuasa pentadbiran di tangan residen Jeneral di Kuala Lumpur
  2. Kuasa sultan/raja hanya tertumpu pada urusan agama Islam dan adat Istiadat Melayu
  3. Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan untuk mengemaskini pentadbiran NNMB
  4. Penubuhan jabatan-jabatan persekutuan menyebabkan pengambilan pegawai British Bertambah.
  5. Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak jelas dan lebih memihak kepada kerajaan persekutuan
  6. Orang melayu tidak mendapat keuntungan dalam pembangunan ekonomi dan pentadbiran negeri, sebaliknya menguntungkan pengusaha asing.
  7. DURBAR tidak berfungsi kerana nasihatnya tidak diikuti oleh residen Jeneral.
  8. Sumber kewangan negeri berkurangan kerana hasil negeri, cukai, dan urusan kewangan negeri terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.











Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu



Pada 10 Mac 1909,  pihak British dan Siam telah menandatangi satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Bangkok. Kerajaan Siam menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada British dan membentuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.



Pada tahun 1914,  Sultan Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan British dan bersetuju menerima penasihat British. Hal ini menjadikan penguasaan British ke atas semua negeri Melayu lengkap.



Pentadbiran NNMTB berbeza dengan pentadbiran NNMB iaitu sultan/raja bebas dalam urusan pentadbiran, manakala penasihat British hanya berperanan sebagai penasihat. British telah berusaha gigih untuk mengukuhkan kekuasaannya dengan mempengaruhi NNMTB supaya bergabung dengan NNMB di bawah sistem pentadbiran persekutuan tetapi gagal.

Pengagihan Kuasa Pusat ( Desentralisasi 1920-1941)



Pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) bermaksud kuasa-kuasa utama berkaitan pentadbiran, sumber kewangan dan perkhidmatan yang dikuasai oleh kerajaan pusat dikembalikan kepada kerajaan negeri masing-masing. Desentralisasi berpunca daripada suara bantahan Sultan Idris dari Perak dalam Persidangan DURBAR pada tahun 1903 tentang pemusatan kuasa Residen Jeneral terhadap urusan pentadbiran kerajaan NNMB tanpa menerima pandangan Sultan/Raja dan Pembesar negeri.



Tujuan melonggarkan kawalan Residen Jeneral dan kerajaan pusat ke atas Majls Mesyuarat Negeri serta mengembalikan setengah daripada kuasa persekutuan kepada kerajaan negeri. Usaha awal untuk merombak sistem pemusatan kuasa di NNMB dibuat oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir John Anderson pada tahun 1909  melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Namun, Sultan/Raja Melayu masih tidak mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran.



Sultan Idris mengemukakan isu pengembalian kuasa Sultan/Raja kepada kerajaan British semasa lawatannya ke England pada tahun 1924. Pesuruhjaya Tinggi British yang baharu, iaitu Sir Cecil Clementi mencadangkan agar persekutuan yang ada dibubarkan dan diganti dengan sebuah kesatuan yang menggabungkan semua negeri-negeri melayu (NNS, NNMB, dan NNMTB). Cadangan tersebut diterima oleh sultan NNMB tetapi dibantah oleh NNMTB dan NNS serta golongan peniaga. Cecil Clemeti juga menambah baik desentralisasi dengan meletakkan lebih banyak jabatan kerajaan di bawah kawalan kerajaan negeri seperti Jabatan Pertanian , Jabatan pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya.



Perubahan ini merupakan kesan daripada tinjauan setiausaha Tetap di pejabat Tanah jajahan, iaitu Brigedier Jeneral Samuel Wilson yang berkaitan dengan pemusatan kuasa di Tanah Melayu .



Jepun

Perang Dunia Kedua bermula di Eropah apabila tentera Nazi Jerman Menyerang Poland pada bulan September 1939. Jerman berjaya menakluki Belanda dan Perancis menjelang pertengahan tahun 1940. Perang Dunia Kedua ini melibatkan dua Negara Eropah, iaitu Jerman dan Itali yang disebut sebagai Kuasa Paksi serta Kuasa Berikat iaitu Britain dan Perancis. Kemudian Amerika Syarikat dan Rusia menyertai peperangan ini dengan menyebelahi pihak Berikat. Peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat menumpukan perhatian di Eropah dan membiarkan tanah jajahan di Asia terdedah kepada serangan tentera Jepun.

Kuasa berikat/bersekutu                         

  • Britain                                                
  • Perancis
  • Rusia
  • Amerika syarikat



     Kuasa paksi/pusat

  • Jerman
  • Austria
  • Itali
  • Jepun



   Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat di pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang bergerak menawan lapangan terbang Kota Bharu. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah ke dua bahagian. Sebahagian tentera bergerak kea rah Pantai Timur ke Kuantan dan sebahagian lagi ke arah Selatan mrunuju ke Sungai Perak. Pada sama yang sama, Jepun menyerang Singapura, Hong Kong, dan Pearl Harbor di Amerika Syarikat melalui udara. Dan juga mendarat di Pattani dan Singgora di Thailand dan bergerak ke bahagian Barat Tanah Melayu melalui jalan darat. Pihak jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani dan Alor Star pada 9 Disember 1941.



   Pertahanan laut British menjadi lemah, apabila HMS Prince of Wales dan HMS Repulse iaitu kapal tentera British yang bertugas untuk mengawal Pantai Timur Tanah Melayu dibom oleh Tentera Jepun pada 10 Disember 1941. Pada 11 Disember 1941 , Jepun mengebom Pulau Pinang seterusnya menguasai Jitra dan Alor Star pada 12 Disember 1941. Pada pertengahan Febuari 1942, Jepun telah berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura.



   Di sarawak, Jepun menawan Miri pada 16 Disember 1941 dan Kuching pada 24 Disember 1941. Dan mula menawan beberapa Bandar utama di Sabah seperti Labuan, Beaufort, Jeselton, dan Sandakan pada Januari 1942. Semua negeri sabah dikuasai awal Mei 1942.



Faktor Kejayaan Jepun.



Faktor yang mendorong kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu seperti yang berikut:

  1. Persediaan perang yang rapi dan teratur oleh Jepun. Mereka mengkaji kedudukan pertahanan tentera British di Tanah Melayu
  2. Kelengkapan perang yang canggih di samping semngat juang tinggi untuk Maharaja Jepun
  3. Strategi peperangan yang sesuai seperti menggunakan basikal memudahkan pergerakan
  4. Pakatan kerjasama  dengan Siam bahawa Siam tidak akan diserang memudahkan Jepun mendarat di Thailand dan memasuki Tanah Melayu
  5. British menyangka Jepun akan membuat serangan di Singapura sebagai Pusat pertahanan utama British , sebaliknya Jepun menyerang melalui Kota Bharu dan sebahagian Tanah Melayu
  6. Jepun menggunakan pelbagai slogan untuk menarik perhatian dan sokongan penduduk Asia Tenggara seperti ‘Asia untuk Asia’



















Kesan Pendudukan Jepun



Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan kesan positif  dan negetif terhadap penduduk tanah Melayu dari pelbagai aspek seperti social, ekonomi dan politik. Kesan pendudukan Jepun adalah seperti dalam jadual 1.11





Jadual 1.11 Kesan Pendudukan Jepun



Aspek
Kesan
Dasar Diskriminasi Kaum
·         Jepun memberikan layanan baik kepada orang Melayu sebagai usaha menarik sokongan Raja-raja Melayu
·         Pemerintah Jepun memberikan peluang kepada pemimpin Melayu untuk memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun
·         Jepun mengamalkan dasar anti-Cina kesan Peperangan China-Jepun pada tahun 1937 atas sebab sikap orang Cina di Tanah Melayu pada waktu itu masih memberikan taat setia kepada Negara China
·         Orang India menerima layanan baik daripada Jepun kerana kerjasama orang India diperlukan untuk mengusir British di India
·         Dasar dikriminasi menimbulkan kebencian dan syak wasangka orang Cina terhadap orang Melayu.
Sosial
·         Jepun mengamalkan dasar penjajaran budaya dan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun. Bahasa Jepun dijadikan bahasa perantaraan bagi menggantikan bahasa Inggeris
·         Penduduk tempatan hidup dalam ketakutan dan menderita. Perasaan curiga antara satu kaum dengan kaum yang lain timbul akibat dasar dikriminasi Jepun
·         Pemuda yang ditangkap oleh tentera Jepun dijadikan sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api merentasi hutan yang menghubungkan Siam dengan Burma. Ramai yang mati akibat penyakit kebuluran
·         Negara mengalami masalah kekurangan beras disebabkan masalah perdagangan antarabangsa yang bermasalah. Kekurangan beras menyebabkan penduduk tempatan bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan utama.
·         Taraf kesihatan penduduk tempatan merosot dengan teruk akibat kekurangan zat makanan dan bekalan perubatan. Keadaan betrtambah teruk apabila tentera Jepun merampas ubatan dan makanan untuk kegunaan mereka sendiri
·         Akibat keganasa ampeitai (polis Jepun), rami penduduk terutamanya orang Cina melarikan diri ke pinggir hutan
Ekonomi
·         Pemerintah Jepun mengambil alih semua kegiatann ekonomi yang dahulunya dikuasai penguasa Eropah dan orang Cina
·         Penduduk menderita kerana bekalan makanan tidak mencukupi dan harga barangan keperluan melambung tinggi
·         Beras dikenakan kawalan yang ketat melalui permit khas
·         Perusahaan bijih timah kian merosot dan hamper terhenti kerana kemusnahan di lomboong, lading dan kilang
·         Nilai mata wang jatuh teruk. Mata wang ‘daun pisang’ diperkenalkan dengan banyak kerana berlaku inflasi kerana pada masa sama berlaku kekurangan barangan di pasaran
·         Kegiatan ekonomi sara diri diglakkan dengan menanam bahan makanan seperti ubi kayu dan keledek bagi menggantikan beras
Politik
·         Kemerosotan ekonomi dan kekejaman jepun menimbulkan kesedaran kepada penduduk untuk tidak dijajah dan mencapai kemerdekaan
·         Orang melayu yang mendapat peluang dan pengalamanan dalam bidang pentadbiran yakin bahawa mereka bahawa mereka mentadbir Negara sendiri
·         Penduduk tempatan sedar dengan kelemahan kuasa politik British apabila dikalahkan oleh orang Asia.
·         Penduduk Jepun telah menaikkan semngat nasionalisme penduduk Tanah Melayu . Pasukan force 136 yang ditubuhkan Force 136 mendapat kerjasama pegawai Daerah Hulu Perak, Kapten mohd Salleh Sulaiman di Perak dan menamakan Gerilla sebagai Askar Melayu Setia (AMS) . Di Pahang pula, Persatuan Melayu Pahang memberikan bantuan kepada Force 136 dan membentuk pasukan sulit yang dinamakan Wataniah
·         Kaum cina menyertai Parti Komunis Malaya (KPM) . PKM menubuhkan Malayan People Anti-Japanese (MPAJA) yang juga dikenalo sebagai “Bintang Tiga” yang dianggap sebagai gerakan yang mewakili semua kaum (melambangkan tiga kaum utama)
·         Hubungan antara Tentera Berikat melalui Force 136 membolehkan MPAJA mendapat latihan kententeraan, bekalan makanan, senjata dan bagi ubat-ubatan bagi menentang tentera Jepun.



   Selepas kekalahan Jerman di Eropah pada tahun 1944, kekuatan Jepun yang mejadi sekutu Jerman mula terancam. Amerika Syarikat dan Britain menumpukan perhatian untuk mengalahkan Jepun. Pada pertengahan tahun 1945, Tentera Berikat bersiap sedia untuk menyerang Jepun dan ingin mendapatkan semula Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu adalah disebabkan pengebom ke atas Hiroshima pada 6 ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Kemusnahan Negara Jepun menyebabkan Maharaja Jepun iaitu Mahaharaja Hirohito menyerah kalah pada 15 ogos 1945.





Gerakan komunis di Tanah Melayu



Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930 atas arahan pertubuhan Komunis Antarabangsa yang dipenuhi oleh Rusia. Tujuan Penubuhan PKM adalah untuk membentuk Negara komunis di Tanah Melayu . PKM perlu mendapatkan sokongan orang Melayu dan orang India. Namun, PKM hanya mendapatkan sokongan orang Cina kerana permusuhan anatara Negara China dengan Jepun. Ketika pendudukan Jepun,  PKM menjadi kuat kerana mereka bermuafakat dengan British untuk menentang Jepun. PKM mengatur strategi dengan menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army(MPAJA)



   Dalam tempoh dua minggu, pihak british menduduki semula Tanah Melayu selepas Jepun mengaku kalah, PKM melalui MPAJA atau Bintang Tiga telah keluar dari tempat persembunyian dan merampas senjata tentera Jepun dan Tentera Kebangsaan India. Mereka juga melakukan penyeksaan ke atas orang Melayu sebagai cara membalas dendam akibat layanan terbaik baik yang diterima oleh orang Melayu semasa pendudukan Jepun.



























1.2.1 Kesatuan Malaya Dan          Persekutuan Tanah Melayu



  • Orang melayu telah mengalami peristiwa penentangan penduduk terhadap Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu bagi mendapatkan kemerdekaan.



Kesatuan Malaya (Malayan Union) 

  Kekalahan British terhadap tentera Jepun telah memberikan kesedaran tentang kelemahanpentadbiran mereka di tanah melayu. Pada Julai 1943,British menubuhkan Malayan Planning  Unit(MPU) di London bagi merangka perlembagaan baru di tanah melayu iaitu denagan menggabungkan sistem pentadbiran NNS,NNMB,dan NNMTB di bawah satu sistem pentadbiran baharu.Sistem pentadbiran ini telah ditubuhkan oleh Jabatan Tanah Jajahan British di London.Pada September 1945,tanah melayu ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration(MBA) selepas Jepun menyerah kalah.



    British memperkenalkan Malayan Union di tanah melayu dan menjadikan tanah melayu sebagai tanah jajahan.British juga merancang ingin menghapuskan identity “Tanah melayu” dan “Bangsa melayu”.Penubuhan Malayan Union menyebabkan raja raja melayu kehilangan kuasa dan hanya berperanan sebagai penasihat.Orang melayu dan bangsa lain disatukan dan menjadi bangsa Malayan Union dan perlu taat setia kepadanya.



  Pada oktober 1945,Pesuruhjaya Tinggi British iaitu sir Harold MacMichael dihantar ke melayu bagi mendapatkan persetujuan Raja Raja Melayu tentang penubuhan Malayan Union dan menyerahkan kuasa mereka.Sir Harold MacMichael Berjaya mendapatkan persetujuan tetapi secara tidak sah.Contohnya,sultan kedah menandatangani perjanjian secara paksaan ,persetujuan Johor menyerahkan negerinya adalah berlawanan dengan Perlembagaan Johor yang tidak membenarkan sultan menyerahkan kuasa kepada kuasa asing.Perlembagaan Terengganu pula telah menetapkan sultan perlu mengadakan persidangan “Raja di dalam majlis” (Ruler in-Council) sebelum menurunkan tanda tangan tetapi ianya tidak berlaku.



   Pada Januari 1946,cadangan Malayan Union diluluskan secara rasmi dan menjadikan    Tanah Melayu sebagai sebuah negara kesatuan (union).Pada 22 januari 1946,kertas puih Malayan Union dikeluarkan.



         Ciri ciri utama perjanjian Malayan union :

  1. Semua negeri melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu kerajaan pusat.
  2. Singapura kekal sebagai tanah jajahan Mahkota British di bawah seorang Gabenor British yang berasingan.
  3. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang berkuasa penuh dalam hal pentadbiran dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.
  4. Kedaulatan Raja Raja Melayu dihapuskan.Kedudukan Raja Raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa hanya pada urusan agama islam dan adat resam Melayu.Raja Raja Melayu sebagai penasihat kepada Gabenor.
  5. Perlembagaan Malayan Union memberikan hak kewarganegaraan yang sama tanpa mengira bangsa dan keturunan berdasarkan prinsip jus soli.


    Penentangan orang melayu terhadap Malayan Union.

       Malayan Union ditentang hebat oleh penduduk tanah melayu dengan cara melalui akhbar melayu,menghantar telegram dan surat bantahan di London ,mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan.Pada 1-4 Mac ,Dato Onn Jaafar dan wakil 41 buah Pertubuhan Melayu menghadiri Kongres Melayu Se-Malaya di kelab Sultan Sulaiman ,Kuala Lumpur.

      Resolusi kongres:
    (a)tindakan segera menolak Malayan Union.

    (b)Menghantar sebuah perwakilan ke London untuk menolak Malayan Union.

    (c)Menubuhkan jawatankuasa bagi merangka Perlenbagaan UMNO.

    (d)Mengadakan Derma Kebangsaan Melayu.

    (e)Menggalakkan pelajaran dalam kalangan orang melayu.



   Pada 30 dan 31 Mac,kongres melayu kedua telah diadakan di Kuala Lumpur             dipengerusikan oleh Dato Onn Jaafar.Kongres bersetuju memulaukan pelancaran Malayan Union dan menggesa Raja Raja Melayu supaya tidak menghadiri majlis perasmian Malayan Union.Kongres bersetuju  melantik peguam untuk menentang Malayan Union secara undang undang.  Pada 1April 1945,Malayan Union diisytiharkan di King’s House (Carcosa Seri Negara) secara rasmi.Pengisytiharaan ini dibuat bagi menggantikan pentadbiran BMA di tanahmelayu.Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Mlayan Union.Orang melayu berkabung selama 7hari.  Pada 11 Mei 1946,Kongres Melayu Se-Malaya ke3 berlangsung di Istana Besar  Johor telah meluluskan sebuah organisasi politik atas tujuan menyatukan orang melayu bagi menentang Malayan Union.Organisasi politik ini dikenali Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organisation (UMNO).Dato Onn Jaafar dilantik sebagai Yana Dipertua UMNO prtama.





Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap perlembagaan   Malayan union.



(a)Raja Raja Melayu hilang kedaulatan.



(b)Pemberian kerakyatan secara jus soli kepada orang asing akan menyebabkan hak istimewa orang melayu terancam,mengurangkan majoriti orang melayu serta menjejaskan ekonomi dan politik orang melayu.



(c)Penggubalan Malayan Union dibuat di London tanpa pengetahuan dan penglibatan pemimpin melayu.



(d)Sir Harold MacMichael mendapatkan persetujuan dan tandatangan Raja Raja Melayu terahadap perlembagaan Malayan Union melalui kekerasan ,ugutan , dan paksaan.



Reaksi orang bukan melayu terhadap Malayan Union.



  Orang melayu dan orang cina mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” kerana British menjanjikan hak kewarganegaraan sama rata berdasarkan prinsip jus soli.hak ini memberikan keuntungan kepada mereka.Hak kewarganegaraan ini ditangguh oleh British kerana mendapat tentangan oleh orang melayu.Orang cina beranggapan bahawa British memungkiri janji lalu membuat bantahan melalui akhbar cina dan pertubuhan berhaluan kiri Malayan Democratic Union (MDU).Tindakan british mengeluarkan Singapura daripada Malayan Union juga

dikecam oleh kaun cina.Mereka menuntut tanah melayu bersatu dengan Singapura dan menuntut hak kerakyatan yang sama.Mereka berpandangan Raja Raja Melayu tidak berhak mewakili kaum cina.Masyarakat cina yang menjadi ahli parti Kuomintang di tanah melayu menganggap bahawa penerimaan terhadap Malayan Union akan membatalkan kewarganegaraan mereka di china secara automatik.





    Kaum india di tanah melayu tidak berminat dengan politik orang melayu dan   hanya      memberi perhatian terhadap perkembangan politik di tanah air mereka iaitu Kongres India tetapi apabila orang melayu dan UMNO menentang Malayan Union berhubung soal kerakyatan ,sikap kaum india terhadap politik tanah melayu mula berubah.









           Persekutuan Tanah Melayu

Penentangan hebat orang melayu terhadap Malayan Union serta perakuan Edward Gent             dan Malcom MacDonald menyebabkan British menghantar ahli parlimen British iaitu L.D  Grammont dan D.R William bagi mendapatkan pandangan dan meninjau kehendak orang  melayu.Hasilnya,Maayan Union dibubarkan.Pada 25 Julai 1946,Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil British ,wakil Raja Melayu,danwakil UMNO dilantik bagi   membentuk perlembagaan baharu.





  JADUAL 1.12  AHLI JAWATANKUASA KERJA




PERWAKILAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Perwakilan Kerajaan British
.A.T Newboult (ketua setiausaha Malayan Union)
.K.K. O’ Connors (peguam Malayan Union)
.W.D Godsall (setiausaha kewangan)
.D.r.H.William Linehan (perkhidmatan awam tanah melayu)
.A.William (perkhidmatan awam tanah melayu)
.D.C Watherson (setiausaha)

Perwakilan Raja Melayu

.Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur (perak)
.Dato’ Hamzah bin Abdullah (Selangor)
.Haji Mohamad Sheriff bin Osman (kedah)
.Dato’ Nik Ahmad Kamil bin Haji Nik .Mahmud (Kelantan)
.Theodore S.Adam (penasihat raja melayu)

Perwakilan UMNO

.Dato’ Onn Jaafar
.Dato’ Abdul Rahman bin Mohd Yassin
.Encik Megat Yunus(setiausaha)
.Ronald Bradell(penasihat undang undang UMNO)



  Jawatankuasa kerja Berjaya mengemukakan laporan mereka pada 11 Disember 1946.Mereka mendapat halangan daripada orang bukan melayu kerana bimbang draf perlembagaan itu merugikan mereka dan menguntungkan orang melayu.Draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja yang telah siap dihantar kepada Kerajaan British pada 18 November 1946 dan kertas Putih Draf Perlembagaan Persekutuan dikeluarkan pada 24 Disember 1946.





   Draf Perlembagaan Jawatankuasa Kerja ini mendapat tentangan daripada beberapa pihak.Pada 14 Disember 1946,Council of Joint Action (CJA) dibentuk di Singapura telah menghantar cadangan bagi perlembagaan baharu serta dengan telegram bantahan di London.Malayan Union Congress (MIC) yang ditubuhkan pada ogos 1946 bergabung dengan CJA untuk membantah Perlembagaan Jawatankuasa Kerja.Pada 15 Disember 1946,Jawatankuasa Perunding yang terdiri daripada 5orang pegawai Eropah,dua wakil kaum cina dan dua wakil kaun india ditubuhkan bagi tujuan meninjau pandangan orang bukan melayu terhadap Draf Perlembagaan Jawatankuasa Kerja.Laporan Jawatankuasa Perunding yang mengandungi beberapa pindaan terhadap

draf Perlembagaan Jawatankuasa Kerja dikeluarkan pada 21 Mac 1947.





   Semasa Jawatankuasa Perunding menjalankan tugasnya ,beberapa parti politik ditubuhkan oleh orang bukan melayu dan golongan politik melayu.Contohnya,penubuhan Pan-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lok telah menyalurkan bantahan kaum cina ke atas Perlembagaan Jawatankuasa Kerja.





   Pada 16 Mac 1947,Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)telah bergabung dengan AMCJA untuk menentang draf Perlembagaan Jawatankuasa Kerja .PUTERA merupakan parti yang ditubuhkan oleh PKMM daripada gabungan parti parti politik radikal Melayu di seluruh Malaya seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr.Burhannudin Helmi; Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam; dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh.PUTERA juga telah mengemukakan “Perlembagaan Rakyat” untuk dilaksanakan di tanah melayu.





  British mengadakan perbincangan semula dengan perwakilan melayu melalui Jawatankuasa Kerja  pada 17 April 1947 dan melakukan beberapa pindaan.British akhirnya menerima pindaan draf Perlembagaan Jawatankuasa Kerja untuk dijadikan asas Perlembagaan tanah melayu.





  Antara isi kandungan Perlembagaan Rakyat:

            (a)Singapura disatukan dengan tanah melayu

           (b)Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis Negeri dipilih melalui pilihan raya

           (c)Raja Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan mempunyai tanggungjawab

                 Kepada rakyat

           (d)Keistimewaan melayu diwujudkan

           (e)Adat istiadat dan agama islam dikawal oleh orang melayu

           (f)Kerakyatan yang sama rata

           (g)Merah dan putih menjadi latar belakang bendera tanah melayu

           (h)Bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

           (i)Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab bersama antara

               British dan tanah melayu

           (j)Warganegara tanah melayu harus dinamakan “melayu”





             Pada 21 Januari 1948,Raja raja Melayu dan wakil British telah menendatangani satu perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang dinamakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.Pada 1Februari 1948,Perjanjian Persekutuan dikuatkuasakan dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk secara rasmi.



Ciri ciri Perjanjian Persekutuan tanah melayu 1948:

  1.  Gabungan 11 buah negeri (9buah negeri melayu ,pulau pinang,dan Melaka) dan     Singapura kekal di bawah jajahan British

(b)  Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Perundangan        Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan

      (c)  Sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat   Kerajaan Negeri Majlis Perundangan Negeri

    (d)  Syarat kewarganegaraan diperketat

   (e)  Kedudukan istimewa orang melayu diberikan kepada orang melayu sebagai kaum          Bumiputera

   (f)  Jawatan Menteri Besar diwujudkan bagi menggantikan residen British







1.2.2  PERJUANGAN DAN PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU



Semangat perjuangan dalam kalangan orang Melayu terhadap penjajahan telah bermula sejak penjajahan Portugis. Sejarah menjelaskan bahawa terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor dengan bantuan Belanda untuk mendapatkan semula Melaka daripada tangan Portugis. Campur tangan British di tanah melayu menyemarakkan usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah. Penentangan terhadap British bukan sahaja berlaku di tanah melayu, malah turut berlaku di Sabah dan Sarawak. Gerakan anti-British dan gelombang penentangan oleh orang melayu di tanah melayu serta golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan untuk memperjuangkan hak dan kedaulatan tanah air mereka.



   Pada awalnya, semangat nasionalisme di Tanah Melayu yang timbul dalam kalangan kaum Melayu, Cina dan India adalah disebabkan oleh factor yang berbeza. Orang melayu bangkit menentang penjajah untuk memperjuangkan kedudukan orang melayu dan agama islam di Tanah Melayu. Semangat perjuangan orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada perjuangan di tanah air masing-masing. Kaum bukan melayu di tanah melayu, iaitu imigran cina dan india menubuhkan persatuan untuk mengukuhkan ikatan sesame sendiri serta menjaga kebajikan masing-masing. Namun, kegiatan persatuan mereka membawa kepada kegiatan kongsi gelap dan pemogokan. Pada tahun 1889, kerajaan British memperkenalkan Ordinan Persatuan untuk mengawal kegiatan berpersatuan.



   Pada awal ke-20, penentangan terhadap kuasa asing dilihat semakin meluas melalui penerbitan pelbagai akhbar dan majalah untuk meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk. Kebangkitan nasionalisme dipelopori oleh tokoh lepasan Pengajian Tinggi Timur Tengah sepertiSyeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Al-Hadi,Syeikh Muhammad Akil, Syeikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha.



   Tokoh-tokoh dalam kalangan guru dan wartawan seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai turut menyemarakkan semangat nasionalisme. Orang melyu mula menubuhkan persatuan untuk memperjuangkan nasib merka terutamanya selepas kejayaan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) memperjuangkan kepentingan orang melayu dalam politik dan sosioekonomi Singapura. Penubuhan parti politik dan  persatuandi tanah melayu merupakan gerakan penentangan yang lebih bersepadu. 









Jadual 1.13       Persatuan dan kesatuan bercorak sosioekonomi dan politik dalam     kalangan orang melayu di Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua

   TAHUN
                                     PERTUBUHAN


1926
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
·         Menyedarkan orang melayu tentang kepentingan pelajaran tinggi.
·         Memperjuangkan kepentingan orang melayu dalam politik
·         Memajukan sosioekonomi orang melayu


  1929

Kelab PUTERA
·         Menyatukan orang melayu Kelantan mencapai kemajuan dalam semua bidang
®    dibubarkan selepas setahun kerana kegiatannya terbatas       dan kakitangan kerajaan dilarang meyertainya.


  1934
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
·         Mengukuhkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan orang melayu.
·         Menghidupkan kesedaran terhadap Bahasa melayu dengan cogan kata, ‘Hidup Bahasa, hiduplah bangsa’
·         Memajukan minat orang melayu dalam semua lapangan hidup
·         Berjuang mengikut undang-undang kebaikan orang melayu
·         Menyampaikan idea dan kehendak orang melayu kepada kerajaan
·         Menggalakkan anak-anak melayu berpelajaran tinggi
·         Membantu kerajaan memberi pelajaran kepada anak melayu
·         Memeliharaadat resam dan kesopanan melayu
·         Memperkuatkan taatsetia dan perpaduan dalam kalangan orang melayu
  1937
Persatuan Melayu Perak (PMPK)
·         Tidak terlibat dalam politik
·         Memperbaiki taraf social dan ekonomi orang melayu
  1938
Persatuan Melayu Pahang (PMP)
·         Memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang melayu
·         Menyuarakan masalah kepada kerajaan British

Persatuan Melayu Selangor (PMS)
·         Mewujudkan kerjasama dengan pihak british
·         Menentang dasar-dasar yang bertentangan dengan kepentingan orang melayu di Selangor

Persatuan Melayu Negeri Sembilan (PMNS)
·         Memelihara adat istiadat, kebajikan dan kepentingan orang melayu dalam segala bidang

Kesatuan Melayu Muda (KMM)
·         Menggabungkan semua orang melayu untuk mempertahan dan memperjuang hak dan kepentingan orang melayu
·         Melahirkan semangat kebangsaan untuk mengelakkan penindasan
·         Memperjuang kemerdekaan Tanah Melayu dan bergabung dengan Indonesia untuk mewujudkan Indonesia Raya atau Melayu Raya
®    Dibubarkan oleh Jepun pada 1942.


   1939
Kesatuan Melayu Johor (KMJ)
·         Bercorak separa politik untuk menyebarkan idea baharu bagi membangkitkan semangat kesedaran bersatu dalam kalangan orang melayu

Persatuan Melayu Kelantan (PMK)
·         Memajukan kedudukan ekonomi dan social orang melayu
®    Persatuan tidak mendapat kelulusan British dan menubuhkan Persetiaan Melayu Kelantan.




   Penduduk Tanah Melayu terlibat secara langsung dalam peperangan semasa pendudukan Jepun 1941-1945. Kesusahan dan keperitan hidup pada waktu itu menyemarakkan lagi kesedaran dalam kalangan penduduk untuk menentang penjajahan asing. Semangat nasionalisme kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan berkembang terutamanya, apabila British memperkenalkan Malayan Union.



   Kemudian ,UMNO ditubuhkan bagi menentang Perlembagaan Malayan Union secara berorganisasi oleh orang Melayu. MIC dan MCA pula ditubuhkan untuk menjaga kebajikan kaum India dan Cina di Tanah Melayu. Penolakan penentangan orang melayu terhadap Perlembagaan Malayan Union membolehkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dihasilkan dan digunakan dalam system pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu.



Pengisytiharan Darurat

Pentadbiran tentera british atau British Military Administration (BMA) ditubuhkan pada 12 Disember 1945 untuk menghentikan aktiviti MPAJA dan memaksa pasukan tentera MPAJA tersebut dibubarkan. Namun, PKM tidak diharamkan. PKM cuba mengukuhkan kedudukannya melalui politik bergerak secara terbuka. PKM menyebarkan ideology mereka ke dalam persatuan sekerja, belia dan penuntutsekolah serta menghasut kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok.

   Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 meyedarkan Pasukan Komunis Malaysia (PKM) bahawa perjuangan mereka untuk membentuk negara komunis melalui politik tidak akan berjaya. Apabila Chin Peng mengambil alih pimpinan PKM, gerakan keganasan dilakukan secara terbuka. Tentera MPABA ditubuhkan oleh PKM untuk melancarkan pemberontakan bersenjata. MPABA menyerang pekerja estet dan lombong, membakar rumah pekerja, membakar bas, menggelincirkan kereta api, merosakkan jentera lombong serta membunuh pengurus lading dan kontraktor buruh di ladang getah. Pada 12 Jun 1948, PKM membunuh tiga orang pemimpin parti Kuomintang di Johor dan tiga orang peladang Eropah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948.



   Ekoran daripada peristiwa itu, kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Jun 1948 di Johor dan Perak. Pada 12 Julai 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Undang-undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu oleh British. British turut mengharamkan PKM dan semua pertubuhan di bawah naungannya. Namun, PKM tetap meneruskan kegiatannya melalui gerakan gerila bawah tanah.



   PKM menubuhkan Min Yuen (gerakan rakyat) dalam kalangan penduduk untuk mendapatkan bekalan makanan, perubatan, kewangan dan maklumat serta membunuh sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada PKM. PKM menubuhkan Tentera Pembebasan Bangsa-bangsa Tanah Melayu (Malayan Races Liberation Army) untuk mendapat sokongan orang melayu dan india dan meneruskan perjuangan mereka.



   Seterusnya , kerajaan bertindak melaksanakan beberapa rancangan dibawah Undang-undang Darurat untuk membendung kegiatan PKM. Antara tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah seperti dalam Jadual 1.14.



            Jadual 1.14  Tindakan kerajaan dalam mengatasikomunis di Tanah Melayu

              KAEDAH
                                  TINDAKAN

Penggunaan kad pengenalan




·         Penggunaan kad pengenalan bagi penduduk Tanah Melayu yang berumur 12tahun ke atas
·         Impak- Berjaya mengesan dan membataskan pergerakan pengganas komunis


Meningkatkan keselamatan negara







·         Pasukan keselamatan (polis dan tentera) diperkukuh dan diperbesar
®    Pasukan Mata-mata Khas atau Special Constable (SC)
®    Polis bantuan (Auxiliary Police)
®    Polis Cawangan Khas (Special Branch)
·         Pengawal kampung (Home Guard)
·         Tentera dari Britain, Australia, Fiji dan Afrika Timur dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk membantu memerangi komunis


Rancangan Brigs
(1950)









·         Rancangan penempatan semula setinggan di kampong-kampung baharu
·         Impak :
®    Memutuskan perhubungan, maklumat dan ubat-ubatan kepada PKM
®    Menghalang PKM daripada meluaskan pengaruh dan mendapatkan keanggotaan baru
®    Menghalang ancaman komunis keatas penduduk


Perang Saraf
(1952-1954)







·         Dilancarkan oleh Jeneral Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi
·         Mempengaruhi dan memenangi hati dan minda komunis dan rakyat awam secara psikologi
·         20juta risalah digugurkan dari udara menyeru anggota PKM untuk menyerah diri
·         Soal selidik dari rumah ke rumah untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti komunis



Operasi Kawasan Putih dan Kawasan Hitam 1953







·         Kawasan putih dan kawasan hitam diisytiharkan untuk memberi kesedaran kepada rakyat agar tidak bekerjasama dengan Komunis
·         Memastikan kampong bebas daripada ancaman komunis
·         Gerakan social digiatkan oleh pegawai tinggi British seperti lawatan ke hospital, pembinaan dewan orang ramai untuk meningkatkan sokongan terhadap kerajaan



Rundingan Baling 1955












·         Rundingan damai antara kerajaan dan PKM untuk menamatkan darurat pada 28-29 Disember 1955
·         Diadakan sebanyak 4 sesi di Sekolah Kerajaan (kini Sekolah kebangsaan Tunku Putra)
·         Merupakan lanjutan daripada penawaran pengampunan beramai-ramai kepada anggota PKM oleh kerajaan Perikatan tanpa campur tangan British pada 9 September 1955
·         Rundingan supaya PKM menyerahkan senjata sebagai syarat perletakan senjata dan mendapat keampunan tidak diterima oleh Chin Peng
·         Kerajaan Perikatan tidak menerima PKM sebagai parti politik



Tindakan dan usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kegiatan komunis di Tanah Melayu Berjaya menyebabkan PKM berundur ke selatan Thailand. Tunku Abdul Rahman menandatangani surat pengisytiharkan tamat darurat pada 29 Julai 1960, darurat diisytiharkan tamat secara rasminya pada 30 Julai 1960. Ordinan Peraturan Darurat 1948 turut dimansuhkan. Namun ,pasukan keselamatan dengan bantuan Angkatan Tentera Diraja Thailand tetap meneruskan operasi-operasi susulan untuk menghapuskan saki-baki kumpulan PKM yang bergiat semula selepas darurat ditamatkan.



   Saki-baki kumpulan PKM yang berundur ke sempadan Malaysia-Thailand melancarkan semula pemberontakan bersenjata pada tahun 1968 dan meneruskan perjuangan mereka untuk menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu. Mereka bertindak menyerang dan membunuh pasukan keselamatan serta melakukan pelbagai kemusnahan.



   PKM melakukan pemberontakan bersenjata dengan melancarkan serangan atas pasukan konvoi Batalion Pertama Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, Perak pada 17 Jun 1968. PKM juga memasuki bandar dan melakukan pelbagai kemusnahan termasuk meletupkan jentera dan kelengkapan pembinaan Lebuh Raya Timu-Barat sepanjang 85kilometer yang menghubungkan Grik, Perak dan Pasir Putih, Kelantan.



   Selain itu, PKM telah mengebom Tugu Negara di Kuala Lumpur dan menyerang pasukan Polis Hutan di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur pada 26 Ogos 1975. PKM turut bertindak lebih agresif dengan melakukan siri pembunuhan ke atas anggota pasukan keselamatan. Perang Gerila oleh PKM yang bermula pada 1968 berpanjangan selama 21 tahun.



   PKM akhirnya menerima pendamaian yang ditawarkan olehkerajaan Thailand dengan kerjasam kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989. PKM bersetuju menamatkan pemberontakan, meletak dan memusnahkan senjata sepenuhnya membubarkan pasukan bersenjata dan menamatkan ancaman di Tanah Melayu. PKM juga memberi jaminan untuk menghormati undang-undang kerajaan Malaysia dan Thailand. Selain daripada ancaman PKM, darurat turut diisytiharkan pada tahun 1964 apabila Malaysia berhadapan konfrontasi dari Republik Indonesia dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’ di bawah pimpinan Presiden Sukarno. Malaysia juga  menghadapi dua darurat kecil yang melibatkan sesebuah negeri, iaitu darurat 1966 di Sarawak dan darurat 1977 di Kelantan yang berpunca daripada pertikaian politik.



Pakatan Murni dan Kerjasama Antara Kaum

Pakatan Murni ialah usaha yang melibatkan kerjasama dan tolak ansur politik antara kaum di Tanah Melayu melalui rundingan. Langkah pertama adalah melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liason Committee (CLC) pada Januari 1949 di Pulau Pinang. Pada peringkat awal, CLC dianggotai oleh kaum Melayu di bawah naungan UMNO dan kaum Cina di bawah MCA. Mulai Ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh seorang wakil kaum India, Sri Langka (Ceylon), Serani dan Eropah. CLC merupakan pendekatan kerjasama antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi asas kemerdekaan.

   UMNO telah menghantar satu memorandum kepada CLC yang berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan ketuanan Melayu tetapi ditolak oleh anggota CLC. Sehubungan itu, satu kerjasama dibuat antara UMNO dengan anggota CLC sebagai suatu bentuk tolak ansur dalam perundingan tersebut. Beberapa perkara telah dipersetujui, antaranya seperti yang berikut:

  1. Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan
  2. Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu
  3. Pilihan raya akan diadakan di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan pada masa yang sesuai.


Sistem Ahli

Pada tahun 1951, Dato’ Onn bin Jaafar telah mendesak kerajaan British untuk melibatkan pemimpin tempatan dalam urusan pentadbiran negara. Hal ini adalah sebagai satu latihan dan pegalaman untuk melaksanakan pemerintahan sendiri dalam usaha menuju kemerdekaan. System Ahli terdiri daripada Sembilan orang anggota, iaitu lima orang pemimpin tempatan dan empat orang pegawai British yang dilantik mengetuai beberapa portfolio.

                                    Jadual 1.15  Senarai Ahli 1951

                          AHLI

                      JAWATAN
Dato’ Onn Jaafar
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
E.E.C Thuraisingham
Ahli Pelajaran
Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid
Ahli Pertanian dan Perhutanan
Dr. Lee Tiang Keng
Ahli Kesihatan
Dato’ Mahmud bin Mat
Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
J.D Mead
Ahli Kerja Raya dan Perumahan
J.D Hodgkinson
Ahli Perindustrian dan Perhubungan social
J.O Sanders
Ahli Kereta Api dan Pelabuhan
O.A Spencer
Ahli Hal Ehwal Ekonomi



   Pilihan raya tempatan diadakan oleh British bagi memilih ahli majlis tempatan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dan majlis tempatan yang lain. Ahli majlis tempatan ini merupakan pemimpin yang dipilih oleh penduduk dalam pilihan raya sebagai langkah awal ke arah pembentukan kerajaan.



   Pilihan raya Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang diadakan pada 1 Disember 1951 merupakan pilihan raya pertama di Tanah Melayu. UMNO dan MCA telah bergabung membentuk Parti Perikatan dan memenangi semua Sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pula diadakan pada 16 Februari 1952 dengan kemenangan yang diraih oleh pakatan kerjasama UMNO-MCA yang tidak bertanding sesame sendiri. Perikatan UMNO-MCA memenangi Sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kerjaya ini mendorong UMNO dan  MCA menubuhkan parti perikatan di peringkat kebangsaan. Kemudian , MIC pula menyertai Parti Perikatan bagi mewakili kaum India. Parti Perikatan mencadangkan kepada British supaya pilihan raya untuk seluruh Tanah Melayu diadakan bagi mengisi kerusi Majlis Undangan Persekutuan.



Pilihan Raya Umum 1955

Pada 27 Julai 1955, pilihan raya umum diadakan  buat pertama kali di Tanah Melayu. Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah bertanding di semua 52 kerusi (UMNO: 35 kerusi, MCA: 15 kerusi dan MIC: 2 kerusi). Pembahagian kerusi dalam Parti Perikatan menunjukkan kesediaan dalam perkongsian kuasa antara ketiga-tiga kaum di Tanah Melayu.



   Parti Perikatan telah memperoleh kejayaan besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Satu lagi kerusi dimenangi oleh PAS di kawasan Kerian, Perak. Kemenangan Parti Perikatan membolehkan Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Beliau membentuk sebuah cabinet yang dianggotai oleh 10 orang menteri yang terdiri daripada enam orang daripada UMNO, tiga orang daripada MCA dan seorang daripada MIC.



JADUAL 1.16  Bilangan calon mengikut parti politik yang bertanding dalam pilihan                              raya umum 1955



         PARTI POLITIK
 MELAYU
  CINA
   INDIA
   JUMLAH
Perikatan
 (UMNO-MCA-MIC)
35
15
2
52
Parti Negara
29
1
-
30
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
11
-
-
11
Parti Buruh
-
2
2
4
Persatuan Kebangsaan Perak
8
1
-
9
Liga Melayu Perak
3
-
-
3
Parti Progresif Perak
1
-
1
2
Calon Bebas
16
1
1
18

Jumlah

103

20

6

129



Rundingan Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu dan Pemimpin Parti Perikatan telah menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London pada Ogos 1955 untuk membuat rundingan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Memorandum tersebut diserahkan kepada Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara, Tanah Jajaha.pada 1 Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan ke London untuk menuntut kemerdekaan. Rundingan ini melibatkan empat orang wakil Raja Melayu dan empat orang wakil Perikatan.







JADUAL 1.17  Tokoh-tokoh yang terlibat dalam rundingan  kemerdekaan 1956 di London


Wakil Raja-Raja Melayu




·         Dato’Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak)
·         Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan)
·         Dato’ Mohd Seth Mohd Said (wakil Sutan Johor)
·         Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor)
·         Abdul Kadir Shamsuddin (setiausaha wakil raja-raja)


Wakil Perikatan





·         Tunku Abdul Rahman
·         Dato’ Abdul Razak Hussein
·         Dr. Ismail Abdul Rahman
·         Colonel H.S Lee
·         T.H. Tan (setiausaha Perikatan)

Wakil Kerajaan British







·         Alan Lennox-Boyd (setiausaha Negara Tanah Jajahan British)
·         John Hore (Menteri Negara)
·         Donald MacGillivary (Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu)
·         David Watherston (Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu)
·         Oscar Spencer (Menteri Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu)




   Persidangan Meja Bulat di Lancaster House,London bermula pada 18 Januari 1956. Persidangan ini diadakan untuk membuat rundingan yang berkaitan dengan kemerdekaan Tanah Melayu, hal-hal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal negeri serta penubuhan jawatankuasa bebas untuk membentuk perlembagaan baharu dan mengkaji kedudukan istimewa Raja-raja Melayu. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 8 Februari 1956 bagi mengakhiri rundingan kemerdekaan selama tiga minggu tersebut dengan beberapa persetujuan telah Berjaya dicapai. Antara persetujuan tersebut ialah:

  1. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
  2. Tanah Melayu kekal dalam lingkungan Komanwel dengan mengamalkan system pemerintahan secara demokrasi
  3. Rakyat tempatan akan menggantikan pegawai British memegang beberapa jawatan penting
  4. Kerajaan British dibenarkan menempatkan tentera di Tanah Melayu
  5. Sebuah badan bebas dibentuk untuk menggubal perlembagaan baharu





       Delegasi rundingan kemerdekaan yang kembali dari London pada 20Februari 1956 disambut dengan meriah sepanjang jalan, iaitu dari Lapangan Terbang Batu Berendam ke Padang Banda Hilir, Melaka dengan iringan sepasukan pemuda bermotosikal dan berpuluh-puluh buah kereta. Tunku Abdul Rahman mengumumkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di hadapan lebih 100,000 orang yang berkumpul di Padang Banda Hilir, Melaka. Pekikan ‘Merdeka’  bergema serentak dengan pengumuman kemerdekaan tersebut.

    Pengisytiharan Kemerdekaan

    Tepat jam 12.00 tengah malam pada 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur (Dataran Merdeka) sebagai tanda berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu dan buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu (kini dikenali sebagai Jalur Gemilang) dikibarkan. Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama menerima dokumen pengisytiharan kemerdekaan daripada wakil Ratu Elizabeth II, Duke of Gloucester.


       Perkataan ‘Merdeka’ dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak tujuh kali dan disambut dengan gemuruh oleh ribuan rakyat yang hadir di stadium tersebut. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan iaitu lagu ‘Negaraku’ yang pertama kali didengarkan secara rasmi. Seruan azan dikumandangkan oleh Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik agama Islam sebagai agama rasmi di Persekutuan Tanah Melayu dan diikuti oleh tembakan Meriam sebanyak 101 das. Pada 2 September 1957, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ditabalkan secara  rasmi sebagai Yangdi-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.  















1.3 pembentukan Malaysia

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada waktu itu, Singapura masih belum mendapat kemerdekaan daripada British,Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai Tanah Jajahan British, manakala Brunei di bawah perlindungan kerajaan British. Usaha penubuhan Malaysia mendapat pelbagai cabaran dan rekreasi dari dalam negeri dan luar Negara.







1.3.1 idea dan faktor gagasan Malaysia

  Pada tahun 1959, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura, iaitu Lee Kuan Yew berusaha mendapatlan kemerdekaan bagi Singapura dengan mencadangkan pencantuman Singapura dengan Tanah Melayu. Cadangan tersebut ditolak oleh Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan wujud masalah sosial disebabkan majoriti penduduk Singapura ialah kaum Cina. Tambahan pula, gabungan Singapura dengan Tanah Melayu akan menjadikan komposisi kaum Cina melebihi orang Melayu serta mengancam kedudukan orang Melayu.



   Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa Singapura boleh bergabung dengan Tanah Melayu sekiranya Sabah,Sarawak dan Brunei turut bergabung dengan Tanah Melayu dan membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan “Malaysia”. Beliau telah menyuarakan pendapat tersebut semasa berucap kepada wartawan asing semasa Persidangan Persekutuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.


Faktor-faktor pembentukan malaysia

  1. Ancaman komunis di Singapura

  • Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berasa bimbang dengan perkembangan pengaruh komunis di Singapura pada tahun 1961. Tunku Abdul Rahman bimbang Singapura akan dikuasai komunis dan keselamatan Tanah Melayu akan terancam. Beliau berpendapat bahawa pembentukan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis merebak di Singapura.


  1. Keseimbangan kaum

  • Kemasukan Sabah,Sarawak dan Brunei dalam Tanah Melayu akan meningkatkan peratusan kau, Bumiputera di Tanah Melayu. Jumlah penduduk dari Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi peratusan majority kaum Melayu dan Bumiputera di Tanah Melayu walaupun Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu, kedudukan orang Melayu tidak akan terancam


  1. Kemajuan ekonomi bersama

  • Pembentukan Malaysia membolehkan Tanah Melayu, Singapura dan Brunei mendapat faedah ekonomi terutamanya dari sector perdangan, bahan mentah, pasaran dan pelaburan asing. Tanah Melayu merupakan negara yang kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei merupakan pengeluar minyak dan gas asli dan Singapura menjadi pelabuhan yang penting di Asia Tenggara. Melalui pmbentukan Malaysia akan dapat membantu ekonomi dan pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak yang masih mundur.


  1. Mencapai kemerdekaan

  • Pembentukan Malaysia  merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei mencapai kemerdekaan. Penjajahan British di Asia Tenggara dapat ditamatkan. Tambahan pula, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengusulkan agar penjajahan di seluruh dunia ditamatkan. Pembentukan Malaysia membolehkan British berundur dari tanah jajahannya di Asia Tenggara secara terhormat dan British boleh mewujudkan hubungan persahabatan yang muhibah dengan negara jajahannya.








1.3.2 reaksi wilayah terlibat dan negara jiran



      NEGERI
                          REAKSI
Persekutuan Tanah Melayu
·         Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu.
·         UMNO bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia tanpa penyertaan Singapura.
Singapura
·         PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyokong usaha pembentukan Malaysia kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri.
·         Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini .
Sarawak
·         Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai kenyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.
·         Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di bawah pimpinan Ong Kee Hui adalah parti yang menolak cadangan penubuhan Malaysia.
Sabah
·         Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai kenyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.
·         Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20 dan diterima oleh Sarawak.
Brunei
·         Parti Rakyat Brunei dibawah pimpinan A.M. Azahari menentang keras pembentukan Malaysia kerana berhasrat menggabungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.
·         Brunei kekal sebagai tanah jajahan British dan mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984.
British
·         British bersetuju dengan pembentukan Malaysia dan bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara terlibat.
·         Pembentukan Malaysia dapat mengekang pengaruh komunis.
Indonesia
·         Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
·         Tentera Indonesia menyusup masuk ke Johor, Sabah dan Sarawak dan melancarkan serangan gerila.
·         Jeneral Soeharto mengambil alih pemerintahan Indonesia pada 30 September 1965 dan mengambil dasar berdamai dengan Malaysia.
Filipina
·         Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah ialah sebahagian daripada wilayah Filipina.
·         Hubungan Tanah Melayu dan Filipina menjadi keruh.
·         Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1966.























1.3.3 Proses-proses Pembentukan Malaysia



     Beberapa proses telah terlibat dalam pembentukan  Malaysia melalui peringkat Jawatankuasa Perundangan Perpaduan Malaysia, Penubuhan Uruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK).



Jawatankuasa Perundangan  Perpaduan Malaysia

     Jawatankuasa Perundangan Perpaduan Malaysia telah diperkenalkan kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei melalui persetujuan antara Persatuan Parlimen Komanwel cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundangan Perpaduan Malaysia di tubuhkan. Donald Stephen menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Perundangan Perpaduan Malaysia dan dianggotai oleh wakil-wakil Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Sebanyak empat kali rundingan dan perbincangan diadakan, iaitu pada 21 Ogos 1961 di Kota Kinabalu; 18 hingga 20 Disember 1961 di Kuching; 6 hingga 7 Januari 1962di Kuala Lumpur dan 1 Februari 1962 di Singapura. Perbincangan dan rundinganini diadakan bertujuan memberikan penjelasan tentang gagasan Malaysia.



     Jawatankuasa Perundangan Perpaduan Malaysia bersetuju menggunakan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sebagai asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia juga bersetuju untuk beberapa perkara iaitu mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Selain itu, beberapa keistimewaan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak seperti dalam bidang imigresen. Akhir sekali, Jawatankuasa perundingan Perpaduan Malaysia bersetuju Bahasa Melayu dijadikan Bahasa rasmi dan Islam sebagai Bahasa rasmi.



Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

     Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 17 Januari 1962 untuk mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap idea gagasan Malaysia. Pengerusi bagi Suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold  dan dianggotai oleh wakil British iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherson. Wakil dari Tanah Melayu ialah Mohd Ghazali Shafie dan  Wong Pow Nee. 



     Suruhanjaya Cobbold memulakan tugasnya pada 19 Februari 1962 hingga 18 April 1962. Sebanyak 2,200 memorandum dan surat daripada pelbagai pihak telah diterima. Pada 1962, Laporan Suruhanjaya Cobbold diserahkan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1 Ogos 1962 penyata Cobbold diterbitkan dan diumumkan. Cadangan pembetukan Malaysia disokong oleh Suruhanjaya Cobbold kerana hasil kajian menunjukkan sebanyak 80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.

    

     Suruhanjaya Cobbold menyesorkan beberapa perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Selain itu, kuasa autonomi dan jaminan khas bagi beberapa perkara yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan tanpa mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya Cobbold juga mengesyorkan persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan sebagai “MALAYSIA” dengan Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri yang tersendiri. Seterusnya, kuasa imigresen dan agama adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri masing-masing. Akhir sekali, peraturan kewangan diadakan untuk pembangunan ekonomi Sabah dan Sarawak.



Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

     Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) atau Lansdowne Committer ditubuhkan pada Ogos 1962. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan yang baharu. Lord Lansdowne menjadi ketua JAK dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, wakil-wakil kerajaan British serta wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura. Laporan Perlembagaam Perdekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan  yang dibuat  oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia digunakan sebagai asas pembentukan  Perlembagaan Malaysia. Perkara 20 yang dituntut oleh Sabah dan dipersetujui oleh Sarawak juga dilihat dalam penggubalan Perlembagaan Malaysia.



Tuntutan 20 perkara Sabah dan Sarawak
Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)
·         Agama Islam diterima sebagai agama rasmi tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah.
·         Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi di Sabah dan Sarawak dikecualikan.
·         Bahasa Inggeris menjadi Bahasa rasmi di Sabah, Bahasa MElayu menjadi Bahasa kebangsaan.
·         Bahasa Melayu sebagain Bahasa rasmi Persekutuan, tetapi Bahasa Inggeris terus digunakan sebagai Bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak sehingga Majlis Undangan dan majlis Negeri meminda perkara itu sepuluh tahun selepas hari Malaysia.
·         Kuasa imigrisen di bawah kerajaan negeri
·         Kuasa imigresen menjadi hak kerajaan Pusat tatapi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberikan hak bersuara.
·         Sistem pendidikan yang ada di Sabah dikekalkan
·         Pendidikan dibawah kuasa kerajaan pusat, tetapi sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak di kekalkan di bawah kuasa negeri sehingga kedua-dua negeri itu bersetuju mengubahnya.
·         Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri, di samping bilangan penduduk.
·         Bilangan kerusi yang diperuntukkan:
-          Sabah: 16 kerusi
-          Sarawak: 24 kerusi
-          Singapura: 15 kerusi





Pada 1963 Laporan JAK dikeluarkan dan dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963. Di Sabah pada 1963 dan seterusnya dibentangkan di Persidangan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963.



Persetujuan Pembentukan Malaysia

     Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London pada Jun 1963. Perundangan tersebut berakhir pada 8 Julai 1963 dengan persetujuan dan perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh wakil-wakil dari kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Brunei telah menarik diri pada saat-saat akhir perjanjian itu ditandatangani.  Tarikh awal penubuhan Malaysia dicadangkan pada 31 Ogos 1963 tetapi ditunda kepada 16 September 1963. Tarikhnya ditunda disebabkan oleh laporan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu dapat disiapkan pada 14 September 1963.



Wakil-wakil terlibat dalam Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia:

                     Wakil kerajaan/negeri
                                    Tokoh
British
·         Harold Macmillan
·         Ducan Sandys
·         Lord Lansdowne
Persekutuan Tanah Melayu
·         Tunku Abdul Rahman
·         Tun Abdul Razak
·         Tan Siew Sin
·         Datuk V.T. Sambathan
·         Datuk Ong Yoke Lin
·         Dr. Lim Swee Aun
Sabah
·         Datu Mustapha bin Datu Harun
·         Donald A. Stephen
·         W. K. H. Jones
·         Khoo Siak ChiewW.S. Holley
·         G. D. Sundang
Sarawak
·         P.E.H. Pike
·         Temenggung Jugah
·         Datuk Bandar Abang Haji Mustaoha
·         Ling Beng Siew
·         Datuk Abang Haji Openg
Singapura
·         Lee Kuan Yew
·         Goh Keng Swee



     

Pengisytiharan Malaysia

     Upacara Pengisyitiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Pengsytiharan Malaysia dibuat oleh Tunku Abdul Rahman serta dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak, anggota cabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur dan jemputan khas. Ucapan Pengisytiharan Malaysia diadakan secara serentak di Singapura, Jesselton dan Kuching. Di Jesselton, pengisytiharan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Donald Stephens di dihadapan Datu Musatapha bin Datu Harun dan wakil kerajaan Persekutuan, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Di Kuching, pengisytiharan dibuat oleh wakil kerajaan Persekutuan, iaitu Mohd Khir Johari dan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Abang Haji Openg bin Abang Sapee dan Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan















1.3.4 Penyingkiran Singapura



     Pertikaian politik antara parti perikatan dengan PAP menyebabkan  hubungan Singapura dan kerajaan Persekutuan semakin tegang. Rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura pada Julai 1964 telah berlakunya pertumpahan darah dan ini membimbangkan Tun Abdul Rahman. Tun Abdul Rahman berpendapat supaya Singapura dikeluarkan daripada Malaysia untuk mengatasi krisis yang timbul demi perpaduan kaum dan kestabilan ekonomi.



Faktor Utama Pemisahan Singapura

     Pemisahan Singapura terjadi kerana faktor ekonomi dan kewangan, persaingan politik PAP dan MCA dan masalah kaum.



     Pada awalnya, Lee Kuan Yew membuat pertanyaan pada November 1963 bahawa politik PAP terbatas di Singapura sahaja dan tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya Tanah Melayu dalam tempoh 5 tahun selepas penyatuan. Namun, Lee Kuan Yew telah bergiat aktif dalam politik Tanah Melayu dengan bertanding dalam pilihan raya 1964. PAP juga menunjukkan minat untuk menggantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam kerajaan. Hubungan UMNO dengan MCA juga telah terjejas disebabkan oleh penglibatan PAP di Tanah Melayu yang terlalu awal. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan kepada Tunku Abdul Rahman.

    

     Dari aspek ekonomi, cadangan kerajaan untuk mengkaji semula agihan hasil yang menetapkan Singapura menyerahkan 60% hasil pungutan cukai. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura. Peningkatan hasil serahan pungutan cukai sebanyak 40% kepada 60% tersebut disebabkan oleh beban cukai Singapura yang paling ringan dan penambahan perbelanjaan dalam pertahanan kerajaan Persekutuan akibat konfrostasi dengan Indonesia. Tambahan pula, Tan Siew Sin iaitu Menteri Kewangan Malaysia pada Februari 1965 supaya pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan Persekutuan berkaitan perlindungan tarif sebelum membuka kilang. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan para pengusaha dan mendapat liputan luas daripada media.



     Selain itu, orang Melayu di Singapura berasa mereka diabaikan dan kerajaan Singapura tidak bertindak untuk memperbaik keadaan sehingga menyebabkan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Beberapa pertubuhan yang mewakili orang Melayu telah membuat laporan dengan menemui Tunku Abdul Rahman . Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.

      Singapura menuntut persamaan hak bagi semua dengan memperjuangkan “ Malayan Malaysia”. Konsep ini telah mengetepikan institusi Kesultanan Melayu dan mencabar hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Pada Mei 1965,  Lee Kuan Yew menubuhka Malaysia Solidarity Convention dengan slogan “Democratic Malayan Malaysia” sebagai pakatan dalam parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Tindakan tersebut tidak disenangi oleh UMNO.

   

     Pada Mei 1965 hubungan antara Kuala Lumpur dengan Singapura semakin tegang hingga membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Beliau memaklumkan keputusannya untuk mengeluarkan Singapura dari Malaysiakepada Tun Abdul Razak dan Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman demi menjaga keamanan Malaysia. Pada Ogos 1965, rang undang-undang pemisahan Singapura telah dibentangkan oleh Tunku Abdul Rahman di Parlimen. Rang undan-undang telah diluluskan dan Singapura di keluarkan dari Malaysia.

































Kesimpulan

     Sejarah dan politik merupakan kompenen utama dalam mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum di sesebuah negara. Penghayatan terhadap peristiwa sejarah akan menimbulkan kesedaran  dan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat supaya perpaduan dan keharmonian negara Malaysia dapat dikekalkan. Penjajahan bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun meninggalkan kesan besar terhadap penduduk Malaysia dalam aspek sosial, ekonnomi, poloitik, sistem pendidikan dan lain-lain. Kegetiran hidup yg dirasai oleh penduduk Tanah Melayu ketika zaman penjajahan harus dihayati. Semangat nasionalisme dan perpaduan dalam kalangan penduduk untuk membentuk sebuah bangsa yang merdeka harus diteladani dan dijaga demi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan berjaya serta disegani di seluruh dunia.













































SENARAI RUJUKAN



  1. Pengajian Malaysia (Siri Politeknik)

  • Normurni Mohamad/Razana Fatin Abdullah/Mohamad Faizal Ahmat
  • Oxford Fajar sdn.bhd

  1. Target Bestari PMR Sejarah

  • Rashid Aman/Lee Veen
  • Sasbadi sdn.bhd

  1. Rujuk Cepat SPM Sejarah

  • Dianne Khoo
  • Marshall Cavendish (Malaysia) sdn.bhd

  1. Nota Poket PMR Attack Sejarah

  • Ratnadevi/Raymond Dugoh
  • Cerdik Publications sdn.bhd






ALAMAT BLOG KAMI :  www.entahtoktahueh.blogspot.my


2 comments:

  1. Coin Casino Bonus Codes 2021 | Sign up for $1000 + 200 Free Spins
    ⭐ Free No Deposit Casinos ⭐ Claim $1000+200 Free 바카라 사이트 Spins No 메리트 카지노 Deposit Bonus ✓ Newest Slots ✓ Best Bonus Offers. 인카지노

    ReplyDelete
  2. PokerStars Casino - JTGHub
    PokerStars 공주 출장마사지 Casino. 100% 포항 출장마사지 Bonus up to 계룡 출장안마 €200 + 100 Free Spins + 20 Free Spins. 제주 출장안마 Play Online Slots and Blackjack now - no download required! 문경 출장마사지

    ReplyDelete